ads

Ahad, 13 Oktober 2013

06 di kuala rompin - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di kuala rompin - Google Blog Search


PANCING LAUT DALAM: Layaran <b>Kuala Rompin</b>

Posted: 08 Oct 2013 10:29 AM PDT

Pada 5 Oktober 2013 kami memasang niat untuk memancing spesis ikan yang dilindungi iaitu Ikan Layaran yang terkenal kerakusannya menyambar umpan. Kami berempat,  3 dari Kuala Lumpur dan hanya saya sahaja dari Johor mulai menaiki bot di Jeti Sungai Puteri tepat jam 7 pagi. Dalam perjalanan ke lokasi memancing kami singgah di beberapa unjam bagi mencari umpan hidup. Kami mencari umpan sebanyak yang mungkin agar aktiviti memancing nanti tidak terganggu. Kami mencari umpan ikan Selar dan Tamban yang amat digemari oleh spesis Layaran.

Pejalanan ke lokasi memancing mengambil masa lebih kurang 2 jam. Apabila sampai di lokasi yang ditujui tekong meminta kami menurunkan umpan secepat mungkin. Kami tidak perlu menunggu lama apabila pancing rakan dari Kuala Lumpur disambar dengan rakus. Maka bermulalah pertarungan kami dengan Layaran yang terkenal dengan aksi willynya.

Pada hari tersebut kami berjaya menaikkan 7 ekor Layaran kesemuanya. Bayangkan setiap seekor itu mengambil masa antara 15 hingga 20 minit untuk menaikkannya. Kepuasan pertarungan ini sukar untuk digambarkan.  Pada tahun ini mengikut kata tekong bot Layaran lambat masuk ke Kuala Rompin berbanding dengan tahun lepas di mana pada tahun lepas sekitar bulan September sementara tahun ini pada bulan Oktober. Kami cukup puas bertarung dengan spesis ini walaupun ianya tidak dapat dijadikan lauk kerana ianya dilindungi. Anda hanya boleh bertarung untuk menaikkannya dan kemudian menggosok-gosoknya sebelum dilepaskan semula ke laut. Bagi kaki pancing jika anda berpeluang, jangan lupa ke Kuala Rompin sekitar September atau Oktober untuk cuba mencari kepuasan dengan spesis ini. Layaran adalah sejenis ikan yang migrasi dan dikatakan selepas Kuala Rompin ikan ini akan migrasi ke Jepun dan seterusnya ke Australia.




Kepuasan Menaikkan Layaran


Layaran yang Telah Lemah dan Tewas


Di Jeti Sebelum Menaiki Bot




 Bertenang Dan Menikmati Pertarungan

Abang Mie Tekong Melepaskan Semula Ikan Layaran
Aksi Willy Layaran Kuala Rompin




Menunggu Umpan Disambar Layaran





Anak Saudara Bersama Pak Ciknya - Layaran Kuala Rompin



Larian Layaran Yang Menyambar Umpan


Willy Yang Ditunggu-Tunggu



Lagi Layaran Yang Tertewas Sebelum Dilepaskan Semula

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved