ads

Khamis, 31 Oktober 2013

06 di maran - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di maran - Google Blog Search


Dua warga asing dituduh rompak mesin ATM <b>di Maran</b> ABN News <b>...</b>

Posted: 17 Oct 2013 11:56 PM PDT

MARAN – Dua lelaki warga asing dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan merompak sebuah mesin pengeluar wang
automatik (ATM) di sini awal bulan ini.

Carlos Roberto Gonzales, 55, warga Argentina dan Timoteo Bartolome, 31, warga Peru dituduh melakukan jenayah tersebut antara pukul 3 hingga 5 pagi di premis Bank Rakyat pada 9 Oktober lepas.

Beginilah keadaan mesin ATM yang cuba dirompak oleh kedua-dua tertuduh.

Beginilah keadaan mesin ATM yang cuba dirompak oleh kedua-dua tertuduh.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan dalam bahasa Inggeris dibacakan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Ridzwan Seman manakala tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.

Tiada jaminan ditawarkan kepada kedua-dua tertuduh dan Majistret Rini Triani Mohamad Ali menetapkan 20 Nov untuk sebutan semula kes. – Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved