ads

Selasa, 15 Oktober 2013

06 di merapoh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di merapoh - Google Blog Search


apa yang ada <b>di merapoh</b>? - jalan-jalan jenahak panggang - Blogger

Posted: 20 Sep 2013 07:23 AM PDT


Tentu ramai yang tahu tentang merapuh kerana Merapuh merupakan jalan masuk ke Gunung Tahan. Pekan Merapuh mungkin tak asing bagi penggiat kaki daki gunung. Aku bukan nak cerita pasal daki gunung kerana aku memang bukan kaki daki. Daki bukit belakang rumah aku pun dah mengah apatah lagi nak daki gunung.
Aku sebenarnya nak bagitau bahawa di sana ada aktiviti yang sesuai dengan aku iaitu air... . Aktiviti air.
Taman Negara Sg Relau Merapuh telah menawar satu pakej yang baru di sg Tanum iaitu aktiviti berkenu dan berkayak sambil memancing. Memang masih banyak ikan tengas, kejor dan kelah yang bersimpang siur di perairan gunung. Para tetamu boleh mendapatkan permit dan khidmat Guide di Taman Negara Sg Relau, Merapuh. Walaubagaimanapun aktiviti memancing lebih tertumpu catch and release. Harap maklum dan fahamlah ye.
Menurut salah seorang guide Taman Negara Relau, selain aktiviti mendaki gunung dan berkenu di Taman Negara terdapat satu lagi pakej yang menarik iaitu meneroka Gua2 yang terdapat5 di sana. Berdasarkan gambar2 yang ditunjukkan kepada aku, rasanya pakej tu memang menarik.
di garisan permulaan

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved