ads

Jumaat, 18 Oktober 2013

06 di raub - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di raub - Google Blog Search


Suspek Kes Rogol, Samun Bersenjata <b>Di Raub</b> Di Cari

Posted: 09 Oct 2013 05:45 PM PDT

RAUB - Polis kini dalam usaha mengesan seorang suspek dipercayai terlibat dalam kes samun bersenjata dan rogol yang berlaku pada 30 September lalu. Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.00 pagi di asrama pekerja sebuah pasar raya dekat sini, mangsa berusia 20-an didatangi seorang lelaki bersenjatakan pisau dan terus menarik mangsa ke bilik lain. Katanya, suspek bertindak mengikat tangan dan kaki mangsa dengan pita pelekat dan kain. "Rakan mangsa yang turut berada di bilik itu turut diikat bahagian tangan, kaki dan mulut. "Suspek kemudiannya bertindak menggeledah bilik berkenaan dan mengambil telefon bimbit mangsa jenama Sony Ericson Experia dan telefon jenama Alcatel serta wang tunai RM50," katanya. Wan Mohd Samsudin berkata, selepas itu suspek bertindak masuk semula ke tempat mangsa diikat dan kemudian merogolnya sebelum beredar. Katanya, susulan kejadian itu, polis giat menjejaki suspek yang imejnya direkodkan oleh sistem kamera litar tertutup (CCTV) di pasar raya berkenaan. "Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Anthony di talian 017-9060519 atau hotline IPD Raub 09-355 4999 untuk membantu siasatan," katanya. #sumber

Polis berkas 18 penagih dalam Ops Tapis <b>di Raub</b> – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 14 Oct 2013 09:41 AM PDT

Posted on October 15, 2013, Tuesday

KUANTAN: Polis memberkas 18 penagih dadah lelaki dalam satu operasi di kawasan ladang kelapa sawit FELDA Tersang, Cheroh dekat Raub, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Raub Supt Wan Shamsuddin Wan Osman berkata mereka ditahan sepasukan polis dari Cawangan Narkotik IPD Raub dan anggota Pondok Polis Tersang dalam Ops Tapis yang bermula jam 5 pagi dan berakhir pada jam 1 petang.

"Semua yang ditahan berusia antara 20 hingga 30 tahun," katanya kepada Bernama kelmarin.

Beliau berkata polis melakukan operasi di kawasan itu selepas mendapat maklumat orang awam.

"Mereka yang ditangkap itu bekerja sebagai buruh ladang, selain penganggur yang menjadikan kawasan berkenaan sebagai tempat melepaskan gian," katanya.

Wan Shamsuddin berkata 13 daripada mereka ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 bagi kesalahan memasukkan dadah ke tubuh sendiri.

Beliau meminta orang awam yang mempunyai maklumat berhubung sebarang aktiviti jenayah agar menghubungi hotline IPD Raub di talian 09-3554 999. — Bernama

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved