ads

Isnin, 21 Oktober 2013

06 di raub - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di raub - Google Blog Search


Polis jumpa kenderaan dalam kes rompakan kedai emas <b>di Raub</b> <b>...</b>

Posted: 29 Sep 2013 01:34 AM PDT

RAUB – Sebuah kereta jenis Toyota Camry berwarna perak dengan nombor pendaftaran WKP 7933 dipercayai ditinggalkan perompak yang terlibat dalam kes rompakan sebuah kedai emas di bandar Raub dua hari lepas, ditemui di sebuah kebun getah semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Raub, Deputi Supritendan Azhar Abdul Rahman berkata, kereta itu dijumpai seorang pekebun di kebun getah itu kira-kira lapan kilometer menghala ke Jalan Cheroh, Raub pukul 9 pagi semalam.

"Sebaik dimaklumkan, polis bergegas ke ladang itu dan menemui sebuah dulang kosong dan beberapa sarung tangan serta topeng muka di dalam kereta berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Polis, katanya, percaya kumpulan perompak terbabit melarikan diri dengan menaiki kenderaan lain dan meninggalkan kenderaan itu di situ.

"Pihak forensik sedang menjalankan pemeriksaan ke atas kereta itu termasuk nombor enjin dan tiada laporan tentang kehilangan kereta terbabit diterima setakat ini," katanya.

Jumaat lepas lima lelaki bersenjatakan sepucuk pistol merompak sebuah kedai emas di Jalan Tun Razak di bandar Raub pada pukul 1.04 tengah hari dan mereka menggunakan kenderaan itu untuk melarikan diri. – Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved