ads

Selasa, 15 Oktober 2013

06 di rompin - Google Blog Search

URL Sumber Asal :- di rompin - Google Blog Search

06 di rompin - Google Blog Search

Pemandu maut, 14 cedera, bas terbalik di Rompin ABN News | BM

Posted: 18 Sep 2013 02:34 AM PDT

ROMPIN  - Seorang pemandu bas maut manakala 16 penumpang selamat apabila bas ekspres itu terbabas dan terbalik di Km158.9 Jalan Johor Baharu–Kuantan, di sini awal hari ini.

Kejadian pada 5 pagi itu melibatkan bas yang dalam perjalanan dari Kota Baharu, Kelantan ke Pasir Gudang, Johor Baharu dan membawa 16 penumpang iaitu 10 lelaki dan enam wanita.

"Pemandu bas, Ismail Ali, 59, cedera parah di kepala dan maut di tempat kejadian setelah tersepit di bahagian hadapan bas," kata Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Supritendan Johari Jahaya.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berkata siasatan awal mendapati bas berkenaan terbabas dan merempuh pembahagi jalan serta tiang lampu di hadapan stesen minyak Petronas Tanjung Gemok, sebelum terbalik dan melintang di tengah jalan.

Johari berkata 14 daripada 16 penumpang cedera ringan dan dibawa ke klinik berhampiran untuk rawatan.

"Siasatan awal juga mendapati pemandu bas itu memandu bersendirian tanpa pembantu pemandu," katanya.

Seorang penumpang yang ditemui, Ummi Kalthum Zulkifli, 25, berkata beliau  tersedar daripada tidur apabila mendapati bas itu bergoyang sebelum terbabas.

"Saya naik bas di Bachok, Kelantan dan dari sana memang seorang pemandu sahaja yang memandu. Ada juga saya dengar penumpang lain kata bas dipandu laju.

"Saya duduk di kerusi perseorangan sebelah kiri dan tidur, dalam dua kali juga saya tersedar sebab rasa bas bergoyang seperti hendak terbabas," katanya.

Seorang lagi penumpang, Mohd Tajul Fikri Mahmud, 34, berkata beliau menaiki bas itu di Jerteh, Terengganu.

"Saya tertidur dan bila sedar sudah berada di luar bas. Bas hanya berhenti sekali di Cherating, Pahang sebelum meneruskan perjalanan," katanya yang bekerja sebagai guru di Pasir Gudang.- Bernama

SEGERA: 'Pengkid' Diburu Bakar Rumah Kekasih Di Rompin!

Posted: 06 Jul 2013 02:33 PM PDT

ROMPIN – Polis memburu seorang 'pengkid' yang dipercayai membakar rumah kekasihnya yang juga seorang wanita di Felda Keratong 10 dekat sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Johari Yahaya berkata suspek yang berusia 21 itu dan tidak berkerja dipercayai melakukan perbuatan tersebut kerana berang selepas hubungan cinta mereka tidak direstui keluarga kekasihnya.

"Selain memiliki rekod jenayah, suspek juga dikehendaki polis bersabit kesalahan kes dadah," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata kejadian berlaku pada pukul 2 pagi apabila mangsa yang berusia 17 sedang tidur dan terjaga kerana terbau asap di biliknya.

Pasukan bomba yang dihubungi dapat mengawal kebakaran dan hanya bilik berkenaan yang terbakar, katanya.

Johari berkata suspek yang berasal dari Felda Keratong 10 itu sedang dikesan dan beliau meminta orang ramai yang mengetahui tempat suspek bersembunyi agar menghubunghi pihak polis.  - astroawani.com

SEGERA: 'Pengkid' Diburu Bakar Rumah Kekasih Di Rompin!http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/07/Pengkid.pnghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/07/Pengkid-150x150.pngMyNewsHub Utama

ROMPIN - Polis memburu seorang 'pengkid' yang dipercayai membakar rumah kekasihnya yang juga seorang wanita di Felda Keratong 10 dekat sini awal pagi semalam. Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Johari Yahaya berkata suspek yang berusia 21 itu dan tidak berkerja dipercayai melakukan perbuatan tersebut kerana berang selepas hubungan cinta mereka...

ROMPIN - Polis memburu seorang 'pengkid' yang dipercayai membakar rumah kekasihnya yang juga seorang wanita di Felda Keratong 10 dekat sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Johari Yahaya berkata suspek yang berusia 21 itu dan tidak berkerja dipercayai melakukan perbuatan tersebut kerana berang selepas hubungan cinta mereka tidak direstui keluarga kekasihnya.

"Selain memiliki rekod jenayah, suspek juga dikehendaki polis bersabit kesalahan kes dadah," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata kejadian berlaku pada pukul 2 pagi apabila mangsa yang berusia 17 sedang tidur dan terjaga kerana terbau asap di biliknya.

Pasukan bomba yang dihubungi dapat mengawal kebakaran dan hanya bilik berkenaan yang terbakar, katanya.

Johari berkata suspek yang berasal dari Felda Keratong 10 itu sedang dikesan dan beliau meminta orang ramai yang mengetahui tempat suspek bersembunyi agar menghubunghi pihak polis.  - astroawani.com

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved