ads

Isnin, 21 Oktober 2013

06 di rompin - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di rompin - Google Blog Search


Wanita Singapura maut, tiga cedera dalam nahas <b>di Rompin</b> ABN <b>...</b>

Posted: 29 Sep 2013 10:31 PM PDT

KUANTAN – Seorang wanita rakyat Singapura maut manakala tiga lagi anggota keluarganya cedera apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kereta lain di Km65 Jalan Pekan-Nenasi menghala Rompin semalam.

Norlia Mohamad, 49, mati ketika dirawat di Hospital Kuala Rompin pada pukul 10 malam tadi, manakala suaminya Latin Kanchil, 54, juga rakyat Singapura, kini dirawat di hospital yang sama.

Dua lagi yang cedera dalam kemalangan pada pukul 7 petang itu ialah anak pasangan itu Junaidah Latin, 26, dan suaminya Mohd Salleh Masehan, 41, berasal dari Johor Baharu. Kedua-dua mereka dirawat di hospital sama.

Pemangku Penguatkuasa Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang ASP Zainalabidin Othman berkata kereta Proton Wira yang dinaiki keluarga itu dalam perjalanan dari Terengganu menuju ke Johor Baharu.

"Nahas berlaku apabila kereta Proton Gen 2 dari arah bertentangan yang dipercayai dipandu laju hilang kawalan lalu berpusing sebelum bertembung dengan kereta mangsa.

"Ekoran pertembungan itu menyebabkan Proton Gen 2 berkenaan terbabas ke dalam paya di sebelah kiri jalan," katanya di sini hari ini.

Zainalabidin berkata maklumat mengenai pemandu Proton Gen 2 itu belum diperoleh kerana pemandu kereta terbabit tidak ditemui di tempat kejadian.

"Polis kini dalam usaha mencari dan mengesan pemandu terbabit. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil memberi kerjasama untuk bantu siasatan," katanya. – Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved