ads

Jumaat, 25 Oktober 2013

06 di rompin - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di rompin - Google Blog Search


Tiga Beranak Nyaris Maut, Rumah Terbakar <b>Di Rompin</b>

Posted: 29 Aug 2013 06:18 PM PDT

ROMPIN - Tiga beranak nyaris maut apabila rumah mereka di Janglau, di sini, terbakar dalam kejadian jam 5 petang, kelmarin. Bagaimanapun tindakan pantas orang ramai berjaya menyelamatkan pasangan suami isteri warga emas itu, Hussin Lera, 93, dan Asmah Awang Ahmad, 68, serta anak lelaki mereka, Mohd Sabri Hussin, 40-an. Saksi kejadian berkata, api marak begitu cepat, namun keberanian beberapa pemuda masuk ke dalam rumah berjaya menyelamatkan semua mangsa daripada rentung. Seorang pekerja kontrak, Mohd Aznin Fadzli, 21, berkata, semasa kejadian dia berada di sebuah kedai berhampiran untuk mengisi minyak motosikal. "Tiba-tiba saya nampak orang berlari minta tolong kerana ada rumah terbakar. Tuan punya kedai kata, ada orang tua dalam rumah itu tidak mampu berjalan, jadi saya terus berlari ke sana untuk menyelamatkan mereka," katanya. Mohd Aznin yang dalam perjalanan pulang bekerja dari Tanjung Gemok ke Sungai Puteri melecur sedikit di bahagian tangan semasa cuba menyelamatkan mangsa. "Masa saya masuk ke dalam rumah itu, saya nampak seorang makcik sedang duduk di ruang tamu dan saya terus dukung dia bawa keluar. "Kemudian saya masuk semula untuk bantu bawa pakcik yang tidak mampu berjalan itu keluar. Dia berat, jadi tidak boleh dukung seorang diri. Anaknya sebelum itu telah dibawa keluar oleh orang lain," katanya. Kesemua mangsa kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Tanjung Gemok untuk rawatan kerana masing-masing dikatakan mengalami lecur. Seorang penduduk, Rodziah Abdullah, 53, berkata, ketika kejadian dia sedang bermesyuarat di balai raya sebelum ternampak asap tebal, lalu menghubungi bomba dan polis.  #sumber

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved