ads

Sabtu, 19 Oktober 2013

06 di sungai lembing - Google Blog Search


URL Sumber Asal :- di sungai lembing - Google Blog Search

06 di sungai lembing - Google Blog Search


Pelajar Tingkatan 3 Lemas <b>Di Sungai Lembing</b> - MyNewsHub

Posted: 03 Aug 2013 09:46 PM PDT


KUANTAN – Seorang pelajar tingkatan tiga ditemui mati lemas di kawasan perkelahan Sungai Lembing di sini tengah hari Ahad.

Mangsa Khoo Ming Foong, 15, pelajar Sekolah Menengah Tanah Putih itu dilaporkan lemas selepas cuba mengambil kasut yang dicampak rakannya ke dalam sungai.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supt Abdul Aziz Ahmad berkata, mangsa bersama 38 ahli Persatuan Kristian Kuantan sedang mengikuti program riadah di kawasan berkenaan.

"Rombongan itu tiba sejak semalam. Ketika kejadian, mangsa tidak mandi dan hanya berjalan di tebing sungai. Salah seorang rakannya dikatakan mencampakkan kasut kepada mangsa dan kasut itu terjatuh ke dalam sungai.

"Mangsa yang mahu mengambil kasut itu turut terjatuh ke dalam sungai," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Ahad.

Abdul Aziz berkata, rakan-rakan mangsa kemudiannya bertindak mencari mangsa yang tenggelam di dasar sungai.

"Mangsa ditemui kira-kira 15 minit kemudian dan pihak klinik yang tiba di tempat kejadian mengesahkan mangsa telah mati akibat lemas," katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat. – BERNAMA

Pelajar Tingkatan 3 Lemas Di Sungai Lembinghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/05/Mati-Lemas.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/05/Mati-Lemas-150x150.jpgMyNewsHub Terkini

KUANTAN - Seorang pelajar tingkatan tiga ditemui mati lemas di kawasan perkelahan Sungai Lembing di sini tengah hari Ahad. Mangsa Khoo Ming Foong, 15, pelajar Sekolah Menengah Tanah Putih itu dilaporkan lemas selepas cuba mengambil kasut yang dicampak rakannya ke dalam sungai. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supt Abdul Aziz Ahmad...

KUANTAN - Seorang pelajar tingkatan tiga ditemui mati lemas di kawasan perkelahan Sungai Lembing di sini tengah hari Ahad. Mangsa Khoo Ming Foong, 15, pelajar Sekolah Menengah Tanah Putih itu dilaporkan lemas selepas cuba mengambil kasut yang dicampak rakannya ke dalam sungai. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supt Abdul Aziz Ahmad berkata, mangsa bersama 38 ahli Persatuan Kristian Kuantan sedang mengikuti program riadah di kawasan berkenaan. "Rombongan itu tiba sejak semalam. Ketika kejadian, mangsa tidak mandi dan hanya berjalan di tebing sungai. Salah seorang rakannya dikatakan mencampakkan kasut kepada mangsa dan kasut itu terjatuh ke dalam sungai. "Mangsa yang mahu mengambil kasut itu turut terjatuh ke dalam sungai," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Ahad. Abdul Aziz berkata, rakan-rakan mangsa kemudiannya bertindak mencari mangsa yang tenggelam di dasar sungai. "Mangsa ditemui kira-kira 15 minit kemudian dan pihak klinik yang tiba di tempat kejadian mengesahkan mangsa telah mati akibat lemas," katanya. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat. - BERNAMA

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved