ads

Isnin, 14 Oktober 2013

06 di temerloh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di temerloh - Google Blog Search


Pemilihan: Saifuddin Di Cabar Dato&#39; Akbar <b>Di Temerloh</b>

Posted: 27 Aug 2013 06:30 PM PDT


TEMERLOH - Kerusi Timbalan Ketua  UMNO Bahagian Temerloh akan menyaksikan pertembungan sengit apabila penyandangnya, Datuk Saifuddin Abdullah dicabar ahli jawatankuasa UMNO bahagian itu, Datuk Akbar VV Abu pada pemilihan kali ini. Akbar, 51, dikatakan membuat pengumuman bertanding jawatan itu semasa Persidangan  UMNO cawangan Taman Bahagia, minggu lalu. Pengumuman itu bakal menyaksikan pertembungan sengit antara dua tokoh parti peringkat bahagian selepas jawatan terbabit tidak dipertandingkan pada penggal pemilihan 2008. Saifuddin sebelum ini Timbalan Menteri Pengajian Tinggi tewas pada PRU13 kepada calon PAS, Nasruddin Hassan. Beberapa ketua  UMNO cawangan berkata, Akbar calon sesuai bertanding jawatan itu berdasarkan reputasi beliau yang sangat berpengaruh dalam kalangan perwakilan  UMNO. "Dia bukan sahaja dikenali orang Umno, malah pemimpin pertubuhan bukan kerajaan juga mengenalinya sebagai pemimpin yang menetap di bandar Temerloh dan kerap mendampingi rakyat. Populariti beliau boleh membantu parti ini untuk semakin kukuh. "Orang tua, orang muda semua kenal beliau sebagai pemimpin yang sentiasa berada di Temerloh dan membantu semua golongan, berdasarkan merit dan reputasi selama ini dia layak untuk bertanding jawatan itu," menurut sumber berkenaan. Akbar ketika dihubungi kelmarin mengesahkan akan bertanding jawatan kedua tertinggi dalam Bahagian Temerloh itu selepas mendapat sokongan akar umbi. "Ya saya menawarkan diri untuk bertanding jawatan timbalan ketua dan harap sokongan rakan-rakan dalam mengembalikan kekuatan UMNO di Temerloh," katanya ringkas. #sumber

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved