ads

Jumaat, 25 Oktober 2013

06 di temerloh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di temerloh - Google Blog Search


Lelaki Tergamak Menipu "Lembu Korban" <b>Di Temerloh</b>

Posted: 16 Oct 2013 10:23 PM PDT


TEMERLOH - Seorang lelaki berusia sekitar 50an tergamak menipu pada pagi Aidiladha ketika umat Islam sibuk mengerjakan ibadah korban semata-mata untuk mendapatkan wang dengan cara membekalkan lembu subsidi kerajaan dengan harga murah. Lelaki yang menggelar dirinya Haji Anuar itu menggunakan nama Lembaga Tabung Haji (LTH) dan Kadi Daerah Temerloh untuk menipu seorang ketua kampung di daerah ini dengan melarikan wang RM1,980 pada pagi raya. Ketua Kampung yang enggan namanya disiarkan berkata, beliau didatangi lelaki tersebut pagi semalam ketika beliau bersama kira-kira 100 penduduk kampung sedang melapah enam lembu di perkarangan surau. Menurutnya, selepas memperkenalkan diri sebagai Haji Anuar, lelaki itu bersalaman dengan penduduk kampung dan memperkenalkan dirinya sebagai pegawai dari LTH. "Dia cakap, Datuk Azeez (Pengerusi LTH) beri empat lembu korban kepada penduduk kampung kami dan lori membawa empat lembu itu dalam perjalanan, lebih kurang lima minit kemudian lelaki itu berlalu pergi. "20 minit kemudian, saya terima SMS dari seorang individu yang mengaku dirinya kadi Temerloh, 'kadi' itu kemudian hubungi saya dan maklumkan pejabat agama Temerloh beli dua lembu lagi dari Haji Anuar dan akan diberikan kepada penduduk kampung," katanya. #selanjutnya

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved