ads

Jumaat, 11 Oktober 2013

di negeri pahang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri pahang - Google Blog Search


WZWH: Berpolitik <b>Di Negeri Pahang</b> Darulmakmur

Posted: 03 Oct 2013 08:29 AM PDT

Rakyat Pahang sudah lama berpolitik. Sudah beratus-ratus tahun dulu. Sejarah Pahang mengajar rakyat Pahang sangat faham berpolitik.
Kenapa rakyat Pahang berpolitik? Rakyat Pahang mahu negeri darulmakmur. Ada tanah, boleh bercucuk tanam, menjala ikan sungai dan paya, memukat ikan laut, memburu di hutan. Boleh membeli garam.
Itulah ekonomi mudah nenek moyang kita orang Pahang.
Masa sudah berubah...zaman sudah berubah. Rakyat Pahang ramai yang cerdik pandai. Ramai yang belajar ke luar negara ke negara-negara orang putih, ke negara-negara orang Arab, ke negara-negara orang kuning. Barangkali ada orang Pahang belajar di negara-negara orang hitam!
Dari mana kita belajar tidak kira dari University Harvard, Oxford, Cambridge, MIT, LSC, Imperial College, Al-Azhar, NUS, UM...
Tidak kira apa ideologi kita Liberal, Sosialist, Demokrat, Republican, Labour, Conservative, Islamist, Nasionalist....bila kita berpolitik di Negeri Pahang Darulmakmur.
Kita sebenarnya berpolitik di Negeri Pahang Darulmakmur yang ada tradisi, budaya, nilai-nilai politik Negeri Pahang Darulmakmur.
Kita perlu belajar tradisi, budaya, nilai-nilai politik Negeri Pahang Darulmakmur.
Jika kita sombong, angkuh tidak mahu belajar politik asal usul negeri kita, tidak mahu ambil tahu politik tradisional Pahang.
Kita rasa kita sangat hebat. Ilmu kita sangat hebat. Keperibadian kita sangat hebat. Pengaruh kita sangat hebat. Pada persepsi kita memang orang ramai suka kita.
Dan kita langgar tradisi, budaya, nilai-nilai politik Negeri Pahang Darulmakmur tanpa kita berbincang dengan......atau merujuk dengan.....
Alamatnya kita hanya melanggar tunggul-tunggul kayu yang menyangkut kaki kita hingga kita tersemban ke tanah....berdarah dahi kita.
Dan Orang Asli di hutan Jerantut itu lebih mengerti tradisi, budaya, nilai-nilai politik Negeri Pahang Darulmakmur. Mengeleng-geleng  kepala Orang Asli itu kerana pada pemikirannya ada juga orang Pahang yang tidak tahu berpolitik di Negeri Pahang Darulmakmur.
Demikianlah falsafah berpolitik di Negeri Pahang Darul makmur.

syabas:<b>negeri pahang</b> akan jadi pusat agama buddha terbesar <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 26 Sep 2013 07:30 PM PDT

Lokasi - Gambang, 35 km dari bandar Kuantan diatas tapak seluas 500 ekar, yakni lebih besar dari kawasan KLIA.
Kawasan terlalu luas untuk dilawati dalam 1 hari, perlukan 3-5 hari ! Satu bandar tersendiri yang lengkap segalanya.
Untuk ke laman web projek - KLIK
"...... the Malaysian government fully supported us in this project and also providing us the land."
" This is fully backed by the government of Malaysia..... the government of Malaysia has also helped us to provide funding for this project."
Pecah Tanah pada penghujung bulan November 2013.

TERUS BACA >>>DI SINI<<<

tok gajah46: Projek kebanggaan <b>negeri Pahang</b> selepas pusat <b>...</b>

Posted: 26 Sep 2013 09:41 PM PDT

Tok pun kurang yakin tentang kewujudan projek tentang agama buddha yang begitu besar. Mungkin ianye hanye berbentuk cadangan atau niat dari sesuatu kumpulan yang mahu mengaut keuntungan mudah. Tok haraf2 ianye bukan le satu kenyataan yang benar2 yang akan di laksane kan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved