ads

Sabtu, 16 November 2013

06 di bentong - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di bentong - Google Blog Search


Dua Jiran Di Samun Empat Lelaki Berparang <b>Di Bentong</b>

Posted: 13 Nov 2013 04:59 AM PST

BENTONG - Dua buah rumah di Taman Meranti dekat sini disamun empat empat lelaki bertopeng dan bersenjatakan sebilah parang serta dua batang besi awal pagi tadi. Dalam kejadian itu, kedua-dua anggota keluarga terbabit turut diikat. Menurut Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Mansor Mohd Nor, dalam kejadian pertama kira-kira 4 pagi, empat suspek memasuki sebuah rumah yang dihuni seorang wanita berusia 41, anak lelakinya yang berusia 11 tahun dan ibu wanita itu yang berusia 60 tahun. "Semua mangsa sedang nyenyak tidur. Suspek memasuki rumah mangsa dengan memotong besi jeriji dan mengumpil pintu bahagian tepi rumah. "Suspek kemudiannya mengikat semua mangsa dengan menggunakan tali langsir sebelum menggeledah rumah mangsa," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Beliau berkata ketika kejadian, suami wanita itu yang juga seorang pengurus sebuah syarikat insurans tiada di rumah. "Suspek kemudiannya melarikan barangan kemas, wang tunai, dua buah i-pad dan sebuah telefon bimbit dan kos kerugian dianggarkan RM30,000," katanya. #selanjutnya

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved