ads

Rabu, 20 November 2013

06 di bera pahang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di bera pahang - Google Blog Search


Jasin Bikers: Ride ke Tasik <b>Bera</b>, <b>Pahang</b> (Part 1)

Posted: 16 Nov 2013 09:57 PM PST

Hai.. Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.. Hari ni aku nak story pasal ride ke Tasik Bera, Pahang. Sbnrnya ride ni dah lama dah.. Dah usang dh pun. Tp.. hari ni baru ada peluang nak cerita. hehehe.. Takpe.. Biarkan aku mulakan cerita ini yer...
Seramai 4 orang yang terlibat dalam ride kali ni. Otai dan Amri dah tunggu aku kat Shell Jasin.diorg tpaksa tunggu aku sbb hari tu hari Sabtu (06/07/2013). Aku kerja.. Tapi half day aje le.. Setibanya aku di sana untuk isi minyak, Cikgu Helmi pun sampai. Jadi selepas selesai isi minyak, kami pun gerak ke sana. Jam menunjukkan pukul 3:15pm. Maaf ler. Gambo tak ambik. Huahuahuahua...
Sampai di Palong 1, kami berenti jap untuk isi minyak dan mengalas perut. Aku belum makan tengahari lagi ni.. Hahaha.. Lapo.. So, selepas isi minyak di Shell Palong 1, kitorang minum kat kedai makan bersebelahan dengan Shell tadi.
Isi minyak dulu kat Shell Palong 1. Nanti nak ke Tasik Bera dah takde stesen minyak dah.
 Otai dan Amri dah selesai dah..? Lajunya.. 
 Aku pun dah selesai jugak dah.. hehehe.. Kenyang.. Baru le dapat meneruskan perjalanan.
Selepas selesai makan, kitorang meneruskan perjalanan lagi. Dah tak jauh dah. Dalam sejam lebuh rasanya. Kali ni Cikgu Helmi lead sebab dia tahu kat mana letaknya Tasik Bera ni. (Maaf, takde gambar la..)
 Kira2 sejam perjalanan (est:75km) kami sampai di Pejabat Pengurusan Tapak RAMSAR Tasik Bera. Apa2pun bergambaran la dulu
 Geng "Tok Batin" menyerang Tasik Bera
 Mr. Amri pn tak melepaskan peluang untuk bergambaran. Hahaha.. Steady bro..
 Bersama "Aku Jantan Ganas"nya.. 
 Ni ape ni main cuit2 hidung ni..? Hehehehe
Setelah berehat sebentar, kitorang kena redah jalan berhutan la. Tapi berturap. Jangan risau. Nak masuk ke sana kena lapor diri dulu kepada pengawal keselamatan yg ada bertugas di pintu luar ni. Dari luar nak masuk sana lebih kurang 3.5km. Okay.. On da bike.. Vroomm.... Naik pelan-pelan.. 5 minit, dah sampai lah Tasek Bera..
 Yeah..! Kami dah sampai!!! Anda bila lagi..?
 Kawe pom nok enterprem jugop las..
 Waa.. Manyak henssyem...
 Apa lagi, kasik register le dulu. Pasni leh simpan barang-barang pastu boleh makan.
 Gambaran Tasek Bera dari chalet tempat kami menginap. Maaf gambar chalet nanti aku sertakan. Hehehe
 Lepas check-in, jom makan. Otai dah tak sabar tu. Sini kena makan awal belah petang sebab cafe buka sampai jam 7:30pm je
 Cikgu Helmi dah bersiap-siap nak mancing tu. Jap lagi, dapat le hasil..
 Sementara menunggu hidangan tiba. Lapar ni. Mana makanan ni..? 
 Yesss!! Nasi goreng ayam aku dah sampai.. Jom semua..!
Apa lagi, kitaorang pun membedallah dengan lahap sekali. Hehehe.. Selesai selepas tu, Cikgu Helmi dah turun bawah dah p memancing. Sementara itu kami yang lain jalan-jalan pusing kawasan sini. Kawasannya agak sunyi. Amat sesuai untuk sesiapa yang mahu lari dari hiruk pikuk kesibukan kota.
 Lepas makan boleh le lepak kat gerai ni.
 Antara chalet yang terdapat kat sini.. Tasek Bera Resort.
 Yang hujung sebelah hijau tu bukan geng kitaorang tau.. hehehe
 Tiba-tiba kedengaran suara Cikgu Helmi. Yeehaa.. Waa.. Rupa-rupanya dah dapat ikan dah. Tapi aku tak tahu apa ke nama spesis ikan ni.. huhu..
 Amri pun dapat jugak la... :-P
 Hah..? Otai pun dapat jugak..? Hehehehee
 Nak buat apa dengan ikan ni ek..? Takpe, simpan dulu deh.
 Ikan Pirana apa tah.. huhu
 Dah dekat Maghrib dah... huhuhu
 Walaupun dah hampir Maghrib tapi masih cerah lagi keadaan kat sini.Belakang tu adalah jeti Tasek Bera.
 Eh.. Aku pun nak mancing jugak arr..
Selesai sudah aktiviti petang. So, balik chalet dulu la. Kasik mandi, buang apa-apa yang patut!! Lepas tu lepak jap sebelum merayap kawasan sekitar.
 Jom kita minum dulu. Nak makan-makan pun boleh. Biskut ada.. Kek ada.. Eh.. Gula ada tak..? hehehehe
 Pergh..!!! Siap ada campfire tuu... Hahahaha
 Amik gambo satu kali lagi. Kasik posing maut lerr...
 Ni gambar kat jeti ni..
 Macam cover album kaset lama-lama jer.. hahaha
 Layan perasaan nie... Hehehehe..
Selepas kitorang penat bergambar, mata aku dah ngantuk.. Adeh, aku nak masuk tidur dulu lah. Ok geng, sapa-sapa nak join aku tido..? Hehehehe.. So, sampai sini dulu lah untuk hari pertama.. Mata dah ngantuk.. Nanti kita sambung...

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved