ads

Ahad, 10 November 2013

06 di brinchang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di brinchang - Google Blog Search


Dari Kellie&#39;s Castle ke Pasar Malam <b>Brinchang</b> Cameron Highlands <b>...</b>

Posted: 27 Sep 2013 11:09 PM PDT

Perjalanan ke Batu Gajah bukanlah satu perjalanan dirancang oleh saya dan famili pada hujung minggu lepas. Menerima berita adik ipar ditahan Hospital Batu Gajah pada hari Jumaat membuatkan kami berkeputusan untuk melawat adik ipar di Perak.

pasar malam brinchang's castle

Melawat adik ipar ditahan Hospital Batu Gajah.

Mengunakan Lebuh Raya Utara Selatan dengan bertolak seawal pagi hari Sabtu. Sudah lama saya hendak memasang hasrat didalam perjalanan pulang selepas melihat adik ipar di hospital untuk singgah 2 tempat iaitu Kellie's Castle dan Pasar Malam Brinchang di Cameron Highlands.

hospital batu gajah

Makan tengahari beramai-ramai di Batu Gajah.

Syukur kepada hari kami melawat adik ipar hospital Batu Gajah telah discaj dan dibenarkan pulang memandangkan kesihatan beliau beransur pulih. Sempat kami makan tengahari dirumah berama-ramai dengan lauk pauk dibeli di restoran.

Ramai pengunjung di Kellie's Castle.

Tidak sangka pula Kellies's Castle menerima pengunjung yang ramai. Nasib baiklah dapat meletak kenderaan. Ikutkan hati ingin saya meninjau suasana dalam istana dan kawasam sekitar tetapi membatalkannya kerana bimbang kesesakan menaiki Cameron Highlands. Kami sekadar mengambil gambar luar bangunan Kellie's Castle sahaja.

Ramai pelancong di Pasar Malam Brinchang di Cameron Highlands.

Sampai di Tanah Rata sudah mula kelihatan kenderaan bersesak dan boleh lihat pelancong dari dalam dan luar negara berduyun-duyun. Tidak sangka pula Pasar Malam Brinchang ini sudah semakin besar di kiri dan kanan jalan. Pengunjung pula ramai dan bersesak membeli buah tangan terutama buah strawberry, cenderahati dan makanan. Rambang mata untuk memilih. Saya membeli buah Strawberry seberat 1kg pada harga RM30 dan makan malam.

buah strawberry pasar malam brinchang

RMakan Malan dibawah lampu jalan di Hentian R&R Tapah.

Kami mengambil keputusan untuk makan malam di kawasan Hentian R&R Tapah. Memang seronok makan malam anak beranak semuanya nampak sedap ketika perut lapar. Menu makan malam kami iaitu Nasi Ayam Penyek dan Nasi Ayam Goreng.

makan malam

Bukan itu sahaja sempat kami kenduri makan buah Strawberry celup cokelat. Kalau ada peluang lagi ingin bermalam di Cameron Highlands dan mengunjungi Pasar Malam Brinchang.

strawberry cicah cokelat

strawberry celup cokelat

makan strawbeeey celup cokelat

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved