ads

Sabtu, 9 November 2013

06 di bukit tinggi - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di bukit tinggi - Google Blog Search


Polis selamatkan empat warga Myanmar jadi tebusan <b>di Bukit Tinggi</b> <b>...</b>

Posted: 04 Nov 2013 09:01 PM PST

KUALA LUMPUR – Tindakan pantas seorang lelaki Myanmar membuat laporan polis selepas menyedari adiknya diculik, dapat menyelamatkan empat lagi lelaki yang menjadi mangsa tebusan di sebuah bilik di Berjaya Hills Resort, Bukit Tinggi, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak Asistan Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata polis juga dapat menahan suspek tiga jam selepas menyelamatkan kesemua lelaki warga Myanmar keturunan Rohingya yang berumur 16 hingga 40 tahun itu.

"Pada Ahad lepas, lelaki itu membuat laporan polis selepas menerima panggilan telefon mengarahkannya memasukkan wang tebusan RM11,000 bagi membebaskan adiknya yang diculik di Rawang ketika keluar mengirimkan wang kepada keluarga mereka di kampung," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Bertindak atas laporan itu, beliau berkata pada kira-kira 1 pagi ini, polis menyerbu sebuah bilik di pusat peranginan itu sebelum menemui kesemua mangsa yang bekerja sebagai buruh binaan dalam keadaan diikat dengan rantai besi.

Suspek menggunakan bilik yang diberikan majikannya untuk mengurung mangsa.

"Siasatan mendapati tiga daripada mereka datang dari Johor dan seorang masing-masing dari Kemaman, Terengganu dan Rawang, Selangor," katanya.

Abdul Rahim berkata berdasarkan maklumat mangsa, polis menahan suspek yang bekerja di bahagian penyenggaraan di pusat peranginan itu, di Shah Alam tiga jam kemudian.

Polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 3 (1) Akta Culik 1961.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved