ads

Selasa, 12 November 2013

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search


(GAMBAR) Banjir Lumpur <b>Di Cameron Highlands</b>, Dua Maut <b>...</b>

Posted: 22 Oct 2013 11:57 PM PDT

Pasukan bomba mengesahkan dua orang individu maut selepas satu empangan di Ringlet, Cameron Highlands melepaskan air melalui pintu kawalannya.

Ketua balai bomba dan penyelamat Cameron Highlands Yusri Abdullah Sani berkata, seorang lagi individu masih hilang.

Beliau berkata seluruh kekuatan pasukannya seramai 28 orang ditugaskan untuk operasi mencari dan menyelamat.

Tambahnya, pihak Tenaga Nasional Berhad yang menjadi pemilik empangan hidroeletrik Sultan Abu Bakar itu membunyikan siren amaran pada jam 12 tengah malam tadi sebelum air berkenaan dilepaskan 20 minit kemudian.

Gambar yang diperolehi dari kawasan kejadian hari ini antara lainnya menunjukkan kesan terjahan air serta lumpur yang menenggelami kenderaan dan kawasan penduduk.

Sementara itu,laporan Bernama menyebut, kira-kira 80 rumah di pinggir Sungai Bertam dihanyutkan arus deras akibat limpahan air yang dilepaskan dari empangan tersebut.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Mohd Zahari Wan Busu dalam laporan itu menyebut, mangsa yang dijumpai lemas dikenali sebagai Jahangir, 30-an warga Bangladesh dan seorang wanita Indonesia dikenali sebagai, Kesmat, 46 tahun.

Katanya, pasukan itu masih mencari seorang lagi wanita Indonesia berusia 17 tahun yang hilang.

Sebanyak 100 kenderaan turut rosak teruk dalam kejadian itu, katanya.

Beliau menambah, air terpaksa dilepaskan bagi mengelak empangan itu pecah berikutan hujan lebat yang berterusan sejak 7 petang semalam.

"Pelepasan air empangan pertama dibuat pada 12 tengah malam diikuti pada jam 1 pagi dan seterusnya pada 2.45 pagi yang menyebabkan air di Sungai Bertam melimpah secara mendadak dan menyebabkan banjir kilat," katanya.

Katanya lagi, seramai 20 keluarga di kawasan berkenaan telah dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Ringlet.

Sementara itu, ADUN Teja yang melawat kawasan tersebut pula berkata seramai tiga orang maut dan seorang lagi hilang di Bertam Valley.

"Jumlah kematian mungkin meningkat. Pihak berkuasa sedang memeriksa punca kejadian," katanya di Facebook.

Laporan The Star Online pula menyebut, seramai tiga orang didapati masih hilang.
Kejadian itu berlaku selepas hujan berterusan yang menyebabkan kejadian banjir Perak dan Kedah.

Seramai 1,158 orang dilaporkan dipindahkan di daerah Manjung hari ini akibat banjir.

Keadaan banjir di Kedah pula bertambah baik dengan jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 692 orang berbanding 2.176 orang pada hari sebelumnya.

Punca 3 Maut Kejadian Banjir Kilat <b>Di Cameron Highlands</b> 23 <b>...</b>

Posted: 23 Oct 2013 05:45 AM PDT

Tiga terbunuh dalam kejadian banjir kilat selepas air Sungai Bertam melimpah ekoran pelepasan air empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet di sini awal hari ini.

Dua mangsa lemas manakala seorang lagi maut akibat serangan jantung, menurut laporan Bernama.

Kejadian pada pukul 1 pagi itu turut menyebabkan seorang wanita Indonesia hilang dipercayai dihanyutkan arus deras dan seorang lelaki cedera.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Mohd Zahari Wan Busu dipetik berkata arus deras dan banjir kilat itu memusnahkan kira-kira 80 rumah dan beberapa kenderaan di kawasan penempatan Lembah Bertam itu.


Dua yang mati lemas ialah lelaki Bangladesh dikenali sebagai Jahangir, 30-an, dan wanita Indonesia yang hanya dikenali sebagai Kesmat, 46. Satu mayat ditemui di dalam sebuah rumah dan satu lagi di bawah runtuhan rumah yang lain.

Lelaki yang mati akibat serangan jantung ialah Tan Tuck Choi, 51. Mangsa mati dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Kalsom di sini, awal pagi ini.


Mohd Zahari berkata mangsa yang masih hilang dipercayai dihanyutkan arus deras dikenali sebagai Jarwati, 17, manakala lelaki yang cedera Ho Kim Way, 38, kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.

"Ho cedera ketika cuba menyelamatkan diri dalam kejadian itu," katanya. Kawasan yang terlibat dalam kejadian itu menempatkan rumah penduduk dan rumah setinggan berhampiran kebun sayur. Berikutan kejadian itu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Lembah Bertam ditutup hari ini.


Terdahulu Mohd Zahari berkata air empangan di Ringlet itu terpaksa dilepaskan bagi mengelak empangan itu pecah berikutan hujan lebat yang berterusan sejak 7 petang semalam.

Pelepasan air empangan pertama dibuat pada 12 tengah malam diikuti pada jam 1 pagi dan seterusnya pada 2.45 pagi yang menyebabkan air di Sungai Bertam melimpah secara mendadak dan mengakibatkan banjir kilat.

Beliau berkata berikutan kejadian itu, seramai 54 orang dari 12 keluarga dipindahkan ke dewan orang ramai Ringlet.


Sementara itu Timbalan Penguasa Balai Bomba Zon 3 Pahang Yusmaizi Zulkifli berkata paras air normal di empangan itu ialah 3.498 meter dan pelepasan air dilakukan ketika paras air mencecah 3.508 meter.

Tinjauan hari ini mendapati cuaca panas sehingga tengah hari bagaimana hujan renyai mula turun pada sebelah petang.

Anggota Parlimen Cameron Highlands Datuk Seri G.Palanivel turut melawat kawasan kejadian dan memaklumkan bantuan akan disalurkan dalam masa terdekat.

SUMBER

Lagi berita di SINI http://rossacalla.blogspot.com/2013/10/gambar-banjir-lumpur-di-cameron.html

Coretan Pengalaman Berkayuh <b>di Cameron Highland</b> Thompson Trail

Posted: 28 Oct 2013 01:47 AM PDT

Pada 26 hb Oktober 2013, jam sudah menunjukkan jam 6.13pagi sewaktu mengisi petrol di Petronas Simpang Pulai sebelum memulakan perjalanan ke Cameron Highland. Kelihatan beberapa buah kereta juga penuh berisi basikal dan peralatan berkaitan.
Saya menyapa dan bersilaturahim sambil menanti petrol memenuhi ruangnya dalam kereta. Kemudian, perjalanan diteruskan menuju Tanah Rata. Kereta tidak banyak waktu itu. Tetapi, ada keadaan-keadaan tertentu kelihatan lerengan bukit yang telah diteroka terhakis akibat bencana beberapa hari lalu sebagaimana dilapor media tempatan. Memang ada sedikit cuak padal awalnya. Tetapi perasaan gentar itu hilang bila fikir soal mengayuh basikal. Saya menghubungi penganjur sehari sebelum acara untuk bertanya samada ianya tetap diteruskan atau ditangguh. Dengan tegas penganjur menjawab "kayuhan Thomson Trail akan tetap diteruskan kerana 'trail' yang disediakan adalah selamat dan dijamin". Mendengar jawapan tersebut saya terus mengemas barangan keperluan sejurus perhubungan melalui fon mobil itu.

Kesejukan dan hening pagi itu sangat mengujakan saya sejak mula mendaki bukit menuju Cameron Highland. Keindahan bukit bukau, kabus pagi, rumah-rumah kayu orang asli, ladang-ladang teh taukeh bukan orang Malaysia, ladang-ladang strawbery milik rakyat Malaysia bukan Melayu dan banyak lagi panorama menarik. 
Jalan mula disekat polis setibanya saya di pekan Tanah Rata sebab peserta sudah mula dilepaskan. Saya sedikit panik dan melihat jam sudah 8.00 pagi!!....owhhh saya lewat...
Saya terus memasuki ruang parkir di sebelah 'bus stand'. Mujur ada 1 ruang dan saya terus parkir kereta disitu dan terus mengeluarkan barangan keperluan khususnya basikal. 
Perkara pertama saya lakukan adalah dengan mengambil minuman HERBALIFE pagi itu untuk membekalkan sumber tenaga untuk kayuhan lebih kurang 50km. Saya menyediakannya sebelum keluar daripada rumah tadi. Pagi itu saya campurkan Herbalife F1 perisa cokelat yang akan membekalkan tenaga sepanjang kayuhan, Herbalife F3 membekalkan protein terancang untuk memastikan segala tenaga (ATP) di bahagian otot menjadi tenaga, serta tambahan susu cokelat Dutch Lady, biskur oreo, kacang badam, kismis dan oat sebagai rasa tambahan untuk menambah sedap dan khasiat.
Selepas menyediakan basikal dan menyiapkan diri, saya mengunci kereta dan terus berkayuh mengejar peserta-peserta lain yang sudah bermula lebih kurang 5 minit lalu. Melewati pekan Tanah Rata, saya masih tidak lihat seorang pun peserta lain. Selepas malalui bangunan terakhir di Tanah Rata saya meluncur laju menuruni bukit. Dalam kelajuan diantara 45-55 saya mula berfikir apakah saya melalui jalan yang betul?
Ketika menuruni bukit tersebut saya melalui kedai Bharat Tea dan mujur ada beberapa pelancong tempatan yang kelihatan baru tiba disitu dan saya bertanya "adakah kumpulan berbasikal melaui jalan ini?" Pelancong tersebut menjawap "ya, memang ramai yang menuruni bukit ini". Saya rasa lega dan meneruskan kayuhan menuruni bukit. Hanya lebih kurang selepas hampir 10 KM dan sudah menghampiri Kampung Habu barulah saya menemui sekumpulan pengayuh.
Saya meneruskan kayuhan dan selepas melewati Kampung Habu, kami terus meluncur ke Pekan Ringlet. Selepas melewati Ringlet barulah saya menemui beberapa rakan lain termasuk Saari, Abang Adam dan ramai lagi.
Kemudian selepas meluncur menuruni bukit sejauh lebih kurang 20km barulah 'trail offroad' bermula. Kayuhan saya terhenti ketika mendaki bukit akibat sudah ramai 'riders' yang sangkut dan sesak ketika pendakian pertama itu. Sudah tentu 'metod' menolak basikal adalah yang paling sesuai. 
Kemudian, kayuhan diteruskan menelusuri jalan kecil barang kali digunakan oleh penduduk tempatan untuk ke kebun atau ke ladang tempat mereka mencari rezeki. Lebih kurang 5km kami mula memasuki jalan 'single trail' offroad. Pada mulanya agak mengujakan. Tetapi tidak lama bila ramai pula pengayuh dihadapan tidak dapat berkayuh mungkin sebab permukaan jalan simen yang sudah agak berlumut mengurangkan cengkaman 'grip' tayar menyebabkan berlakunya 'spinning'. Ramai yang mengambil keputusan untuk menolak sahaja. Jadi, tidak boleh tidak saya juga dalam keterpaksaan turut sama menolak kerana tidak boleh berkayuh dalam keadaan peserta lain dihadapan sudah mula menolak basikal.
Saya rasa ramai peserta yang setuju dengan saya bahawa simen licin itu bukan sekadar menyukarkan kayuhan malah turut menyebabkan tergelincir kaki ketika menolak basikal terutama ketika mendaki. 
Saya berasa lega selepas keluar daripada 'trail' simen itu. Tayar Schwalbe Racing Ralph Evo mula menunjukkan prestasi sebenarnya. Kayuhan mula memasuki kawasan perkampungan Orang Asli. Kelihatan anak-anak Orang Asli begitu asyik menyaksikan lebih 1800 orang peserta dengan jersey pelbagai warna. Ada yang mengambil kesempatan untuk bergambar dengan anak-anak orang asli ini.
Selepas melewati perkampungan orang asli, mata saya tertarik kepada sekumpulan anak-anak orang asli lengkap berpakaian sukan bolasepak. Saya percaya mereka sedang berlatih diawasi 2 orang dewasa (mungkin guru mereka). Ketika berlalu padang bolasepak tersebut saya sempat melambat dan menunjukkan isyarat 'BAGUS' kepada mereka. Saya disambut senyuman oleh sebahagian daripada anak-anak ini.
Kemudian, kami mula melalui kawasan ladang teh. Sepajang melalui ladang teh ini sangat menyamankan dengan panoramanya yang indah sambil dingin angin mengiringi kayuhan kami. Kelihatan juga anak-anak sungai yang jernih dengan batu-batu sungai ada yang besar dan kecil memaksa saya berhenti seketika dan menikmati aliran sungai itu. Arghhhh....sejuk bangat!!...
Selepas berkumur dengan air sungai serta membasuh muka dan kepala saya berasa kembali segar. Saya meneruskan kayuhan dan ketemu dengan teman daripada Putrajaya Splinter Cell. Sambil menyapa dan berbual kami melalui sudut dan panorama cantik ladang teh dan tidak berbincang lama untuk bersetuju berhenti seketika untuk mengambil foto dengan 'cellphone' masing-masing.

Pelbagai aksi dan 'pose' diambil di ladang teh tersebut. Kemudian, ramai rupanya rakan 'riders' yang lain menyertai kami. Mereka juga ambil kesempatan untuk mengambil foto menarik disitu.
Saya dan rakan lain meneruskan kayuhan mendaki ladang teh itu memang agak mencabar. Tetapi penat lelah terubat bila kesegaran udara dan bau teh daripada kilang memproses teh berhampiran mengeluarkan baunya. Disamping itu kelihatan pesawat ringan yang membawa baja untuk dilepaskan ke ladang teh sekitar. Pesawat itu berkeliaran mundar mandir diruang angkasa. Ia mengingatkan saya pada kenangan semasa di Canada beberapa tahun dulu.
Kemudian, selepas mengakhiri pendakian di ladang teh tersebut kami mula memasuki jalan tar membawa kami menuruni bukit. Kelajuan diantara 47-55 sangat mengujakan.
Kami mengakhiri kayuhan di padang Kampung Habu kira-kira lebih kurang 47km.
Saya disambut sorakan kawan-kawan yang sudah lama tiba.
Saya sangat gembira dan sangat teruja untuk turun ke sini lagi tahun hadapan.
Cuma harapan saya agar pihak penganjur sudah boleh berunding untuk menjadikan acara ini sebagai JAMBOREE THOMSON TRAIL pula mulai tahun 2014 nanti. Saya juga menggalakkan kawan-kawan lain untuk terus menetapkan jadual untuk ke sini lagi.
Sepanjang kayuhan itu, saya menggunakan Polar RC3 GPS Bike untuk menyelia prestasi kayuhan dan 'heart rate'. Saya menetapkan 'heart rate' maksimum 170 bpm. Sekiranya degupan jantung saya melebihi 170 bpm saya akan mengurangkan kelajuan kayuhan dan cuba mengawal pernafasan. Hal ini supaya saya dapat menghabiskan kayuhan tanpa membazirkan tenaga yang ada. Anda boleh menghubungi / sms / watsapp 0192523474 untuk maklumat lanjut.











0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved