ads

Rabu, 13 November 2013

06 di chenor - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di chenor - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di chenor</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Nov 2013 07:20 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

PANTUN MENGHILIR SUNGAI PAHANG- Teringatkan Negeri Tercinta

Posted: 23 Oct 2013 09:22 PM PDT

sg. temerloh

Pantun dari : http://cetusanmindagurumelayu.blogspot.com

I SUNGAI PAHANG SUNGAI TERPANJANG.

ULU TEMBELING KAMPUNG MAT DALING.

NEGERI TERENGGANU NAMPAK BEDERANG:

NEGERI KELANTAN NAMPAK MENJELING.

janda baikII TAMAN NEGARA DI KUALA TAHAN.

RAMAI PELANCUNG LUAR DAN DALAM NEGERI.

MELIHAT BINATANG MENCARI MAKANAN:

TENTU SEMUA TERHIBUR HATI.

III PULAU TAWAR TEMPAT MAT KILAU.

TEMPAT BEREHAT PAHLAWAN NEGARA.

MENENTANG MUSUH DI ZAMAN KEMILAU:

HINGGA KEMERDEKAAN TERUS TERCIPTA.

DSC00532

IV BATU SAWAR DI KUALA KRAU SANG KELEMBAI MEMBELAT IKAN.

ADUHAI PAHLAWAN MENGAPA TAK HIRAU:

MUSUH MENGANCAM JANGAN DI BIARKAN.

V BANDAR TEMERLOH DI KUALA SEMANTAN.

TEMPAT PERTEMUAN PEDAGANG SILAM.

DATUK BAHAMAN PAHLAWAN HANDALAN:

MENENTANG PENJAJAH SIANG DAN MALAM.

VI KUALA TERIANG TASEK BERA.

MUDIK KE HULU SAMPAI KE PENARIKAN.

MENGHILIR KE MUAR PERGI KE MELAKA:

DUA NEGERI PERSAHABATAN BERKEKALAN.

VII PEKAN CHENOR DI TEPI SUNGAI.DSC00539

KAMPUNG RAJA TERLETAK DI HILIR NYA.

KELUARGA RAJA BAIK PERANGAI:

SEMUA ORANG SEBAGAI KELUARGA.

VIII BUKIT GEBOK GUNUNG MELINTANG.

NAMPAK DARI PULAU PESAGI.

ADIK DUDUK SANGGUL MELINTANG:

BAGAI BUNGA KEMBANG PAGI.

**PANTUN INI SELALU DINYANYIKAN DI PERKAMPUNGAN, DI CHENOR**

IX LUBUK PAKU KUALA WAU.

PERGI KE MARAN MEMBELI BARANG.

HIDUP JANGAN PULAU MEMULAU:

BARU BAHAGIA SETIAP ORANG.

X SUNGAI CHINI MUDIK KE TASIK.

KAMPUNG BELIMBING RAMAI PENDUDUK.

JANGAN SUKA USIK MENGUSIK:

KELAK HUBUNGAN MENJADI KERUH.

XI CIKGU SAAD MENGAJAR DI KINCHIR.

ORANG NYA BAIK DARI PERLIS.

BILA BERJANJI JANGAN LAH MUNGKIR:

BARU ELOK NAMPAK NYA MAJLIS.

XII BANDAR PEKAN BANDAR DI RAJA.

TEMPAT BERSEMAYAM BAGINDA SULTAN.

TUANKU IBARAT PAYUNG NEGARA:

RAKYAT JELATA BERTAMBAH AMAN.

XIII KUALA PAHANG TANJUNG AGAS.

PULAU SYED HASAN DI MUARA SUNGAI.

HIDUP JANGAN BERSIKAP WASWAS:

BAIKLAH BUDI SERTA PERANGAI.

XIV DARI PEKAN SAMPAI KE TEMBELING.

KUALA LIPIS KE PADANG TENGKU.

MARI HIDUP BIMBING MEMBIMBING:

BARU HIDUP BERSATU PADU.

XV SUNGAI PAHANG MENJADI PENGHUBUNG.

PUNCAK AIR KE MUARA SUNGAI.

ZAMAN DULU HIDUP BERKAMPUNG:

MASING-MASING MENJAGA PERANGAI.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved