ads

Sabtu, 9 November 2013

06 di cherating - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di cherating - Google Blog Search


sejuta warna pelangi: Cuti-cuti <b>di Cherating</b> & Gambang

Posted: 01 Nov 2013 08:14 PM PDT

Sedar tak sedar, sudah penghujung tahun 2013. Tidak lama lagi cuti sekolah. Semua orang sudah mula mohon cuti hujung tahun untuk bawa anak-anak pergi bercuti. Review cuti-cuti Malaysia tahun ini.

Suami saya memang rapat dengan kawan-kawan zaman persekolahannya di SMK Dato' Ahmad Maher. Selalu juga suami bawa kami sekeluarga ikut serta dalam aktiviti kekeluargaan dengan kawan-kawannya itu. Terbaharu aktiviti himpunan keluarga berlangsung di Pahang. Tak banyak gambar terakam sebab saya sibuk melayan Adik Fitri. Adik Fitri dan buat cerita lagi dramatik, abangnya demam dalam perjalanan kami ke Cherating. Alahai.

Kami menginap di The Legend Resort Cherating. Lama juga menunggu. Orang pun boleh tahan ramai. Malah ada yang mula naik angin sebab sudah begitu lama menunggu. Petugas di kaunter pun berangin juga. Eh, eh, eh, jangan dik! Jangan mulakan. Entah apa silapnya tidak ada bilik untuk dua lagi keluarga. Harukan?! Padahal tempahan sudah lama dibuat. Bayar pun sudah. Cuma dua keluarga dari Kuantan, selebihnya dari Kuala Lumpur, Kelantan dan Pulau Pinang. Bayangkanlah kalau betul-betul tidak ada bilik. Mujur lobinya luas dan banyak tempat duduk, sementara urusan penginapan dibuat kaum bapa. Anak-anak jadi tak sabar-sabar apabila terpandangkan kolam dan Pantai Cherating dari lobi. Itu belum campur aksi lincah berlari ke sana ke mari. Aduh, mana hendak kawal mereka, mana hendak tengok-tengokkan barang-barang lagi. Apabila urusan di bilik selesai, satu lagi masalah timbul: lif rosak. Bilik kami di tingkat 3. Jenuh mengusung baby stroller.
Sampai di bilik, saya cuba lekakan anak-anak dengan buku. Gigih bawa buku-buku, pensel warna semua pergi bercuti. Walaupun orang sudah ramai di kolam dan pantai, suami rasa masih terlalu awal untuk kami turun. Alhamdulillah berjaya juga mengalih perhatian mereka walaupun sekejap.

Keberatan juga hendak lepaskan Abang Ngah mandi tapi nama pun budak nampak kolam, nampak pantai, mana boleh kata, tidak! Hmmm tak sampai 10 minit, Abang Ngah sudah menggigil kesejukkan. Terus bungkus dengan tuala. Kak Long pun dipaksa naik. Kami ke pantai pula.
Kasihan Abang Ngah, ombak kecil itupun besar untuknya. Tertelan air laut. Sudahnya duduk sama-sama menemankan Adik Fitri sambil melihat Kak Long dan ayahnya. Itulah nasib orang badan kecil.
Malamnya kami semua makan malam di Impiana Cherating. Ada tujuh keluarga semuanya. Kak Long mahu makan dengan kawan-kawan. Pilihan makanannya sangat menyedihkan. Semangkuk sup labu, semangkuk laicikang dan seketul kuih tart. Memang susah sangat hendak beri anak dara seorang ini makan. Demam Abang Ngah sudah berkurang tetapi selera makannya belum terbuka. Makannya sedikit sahaja. Menyusu pun tak begitu berselera.
Keesokkan harinya seperti yang dijanjikan kepada anak-anak, kami ke Bukit Gambang. Kami pernah ke Bukit Gambang Water Park sebelum ini pada tahun 2010. Ketika itu suami ada urusan kerja jadi saya dan anak-anak ikut bercuti. Kami menginap di Caribbean Bay Suites, Bukit Gambang Resort City. Ada beberapa perubahan telah dilakukan pihak pengurusan. Pertambahan tempat penginapan. Kalau dulu ada kereta kuda di hadapan taman tema, kini tiada lagi. Mungkin di dalam taman tema air ini ada lebih banyak perubahan tetapi saya memang tak meneroka pun. Cuaca panas begitu tidak sesuai untuk Adik Fitri, mahupun Abang Ngah. Cuma yang saya perasan, tempat untuk kanak-kanak sekarang sudah berbumbung walaupun tidak sepenuhnya. Selesa dan redup.
Gambar ini dirakam pada tahun 2010 di tempat yang sama. Kalau cuaca panas terik, memang kasihan pada kanak-kanak. Bagus juga usaha penambahbaikan itu. Kak Long seronok, kalau tak dipaksa naik memang tak tahu pukul berapa baru Kak Long berhajat hendak balik. Tambah pula kali ini ramai kawan-kawannya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved