ads

Sabtu, 2 November 2013

06 di gebeng - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di gebeng - Google Blog Search


Kemalangan: Pengawal Keselamatan Maut <b>Di Gebeng</b>

Posted: 17 Oct 2013 09:41 PM PDT

KUANTAN - Seorang pengawal keselamatan maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah kereta di lain di tengah simpang antara Jalan Gebeng 1/6 dan Jalan Industri Gebeng dekat sini awal pagi kelmarin. Dalam kemalangan kira-kira jam 6.35 pagi itu, mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Viva cedera parah dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, bagaimanapun dia disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan. Manakala pemandu kereta jenis Proton Persona yang juga terbabit dalam nahas awal pagi itu difahamkan turut mengalami kecederaan. Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, mangsa dari arah Jalan Gebeng 1/6 keluar simpang lalu bertembung dengan kereta Proton Persona dari arah Jalan Industri Gebeng. Menurutnya, salah seorang pemandu dipercayai gagal mengelak kereta mangsa yang didakwa keluar simpang secara tiba-tiba lalu berlaku pelanggaran. "Punca sebenar kemalangan itu masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. #sumber

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved