ads

Selasa, 19 November 2013

06 di gebeng - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di gebeng - Google Blog Search


... in deep tots: SPAD : KEJADIAN <b>GEBENG</b> SEPERTI SATU <b>...</b>

Posted: 11 Sep 2013 11:09 AM PDT

SPAD telah diberi amanah untuk menjalankan pengawalseliaan dan penguatkuasaan undang-undang dan sentiasa menjalankan tanggungjawab tersebut mengikut prosidur dan tatacara yang telah ditetapkan, begitulah yang ditegaskan Tan Sri Syed Hamid, Pengerusi SPAD.

Kejadian yang berlaku di Gebeng baru-baru ini di mana 3 buah kenderaan SPAD dikepong 30 lori oleh pemilik dan pemandu lori dengan alasan tidak puas hati SPAD tidak mengguna kenderaan tanpa logo ketika melakukan operasi adalah tidak berasas sama sekali. Ditambah lagi kenderaan SPAD yang rasmi dijadikan tebusan kepongan mereka.


Gambar di atas dengan jelas menunjukkan ketiga-tiga kenderaan yang dikepong telah terpampang logo SPAD. - SinarHarian

Jika dipertikai kenderaan yang diguna SPAD tidak mempunyai logo ketika operasi, maka ini dengan jelas menunjukkan pemilik dan pemandu lori ini telah merancang operasi mereka pula kerana dengan pantas 30 lori dan 100 pemandu lori dapat dikumpulkan.

Yang lebih mencurigakan, dengan pantas juga wakil rakyat PKR Teruntum, Sim Chon Siang ditemui di lokasi kejadian dan mempertahan kesalahan pemilik dan pemandu lori tersebut dan bertindak sebagai jurucakap mereka.

Bukankah ia seperti satu perancangan yang rapi?

Kepada pemilik dan pemandu lori, perlu diingat bahawa tindakan mengepung pegawai dan kenderaan SPAD boleh diklasifikasikan sebagai kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas. Mereka yang terlibat boleh didakwa mengikut Seksyen 234 (b) di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2012 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM200,000.00 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Rekod SPAD menunjukan sebanyak 83 kes kesalahan lebih muatan lori telah dicatatkan daripada tahun 2012 sehingga Julai 2013 di negeri Pahang. 

SPAD memandang berat isu lebihan muatan membabitkan lori kerana ianya amat berisiko tinggi dan membahayakan
pengguna jalan raya yang lain. 

Merujuk kepada ketidakpuasan hati pemandu-pemandu tersebut tentang isu berat dan muatan (BDM) dan isu paras lori, Tan Sri Syed Hamid berkata, "Setiap undang-undang yang dikuatkuasakan di Malaysia telah terlebih dahulu dikaji dengan mengambil kira faktor-faktor keselamatan dan alam sekitar. Pemandu-pemandu lori disarankan untuk menghormati undang-undang yang telah ditetapkan.

Isu ini tidak perlu ada campurtangan politik yang hanya bertujuan untuk mengguntungkan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Mereka yang mempunyai masalah atau kemusykilan disarankan untuk datang berbincang dengan pegawai SPAD di pejabat-pejabat Suruhanjaya yang sedia ada.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved