ads

Isnin, 4 November 2013

06 di gebeng - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di gebeng - Google Blog Search


Lynas Malaysia. Isu Lynas <b>Gebeng</b>, Kuantan - Berita Semasa

Posted: 13 Nov 2011 07:55 PM PST

Terbaru, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakub telah mengeluarkan kenyataan mengenai bagi menjawab sekali lagi mengenai isu Lynas Malaysia yang bertempat di Gebeng, Kuantan Pahang.

Kenyataan terbaru ini dibuat dalam temuramah mengenai mengenai isu Lynas Malaysia bersama aktivis Australia Ryan Albrey pada 7 September 2011 yang lalu. Boleh tahan juga mat saleh ini cakap bahasa Melayu.

Apa yang yang diperkatakan oleh beliau bagi menjawab isu Lynas Malaysia ini?

  • orang Cina di Malaysia cuba bersuhabat dengan negara China untuk menggagalkan projek Lynas Advanced Material Plant (LAMP)
  • kerana apa beliau cakap begitu? Hujahnya, boleh menggangap dengan gagal projek Lynas Malaysia ini China sukar untuk kekal memonopoli pasaran tanah jarang di dunia

Untuk lebih jelas lagi, boleh tonton video temuramah tersebut di bawah ini :

Jikalau anda meneliti video temuramah mengenai isu Lynas Malaysia seperti di atas, anda akan dapat "menangkap kenyataan" Datuk Seri Adnan Yaakub seperti di bawah ini yang mengatakan :

  • Bahan di Bukit Merah adalah bukan tanah jarang (rare earth)
  • Asian Rare Earth (ARE) itu hanya merupakan nama syarikat tetapi tidak memproses tanah jarang. Secara faktanya ARE menghasilkan Yttrium daripada Monozite sementara Yttrium pula merupakan bahan mentah untuk menghasilkan tiub untuk televisyen

Jikalau mengikut definisi International Union of Pure and Applied Chemistry (IUPAC), tanah jarang terdiri daripada :

  • 17 jenis bahan iaitu 15 jenis Lanthanides, Scandium dan Yttrium.
  • Maka jelas bahawa kilang ARE memang menghasilkan tanah jarang
  1. Kilang Lynas Malaysia sudah pun 95% dibina di Gebeng Kuantan.
  2. Keluasan menyamai 140 buah padang bola atau 100 hektar tanah.
  3. Kedudukan Kilang Lynas Malaysia diapit oleh Polyplastic dan Projek Fasa 1 Kluster Industri Minyak Kelapa Sawit yang juga berhadapan dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan bersebelahan dengan BASF Petronas Chemicals.
  4. Juga tercatat papan tanda LAMPSON atau Lynas Advanced Material Plant (LAMP) antara Lynas Malaysia Sdn Bhd dan UGL Resources.
  5. UGL Resources adalah syarikat utama yang berpengkalan di Australia dalam bidang Pengurusan Aset dan Projek dengan jumlah kakitangan sekitar 42,000 orang.
  6. Mereka telah dianugerahkan Kontrak Pengurusan Projek Pembinaan Lynas di Gebeng pada 22/2/2010 dengan nilai kos pengurusan projek di sekitar RM96.8 juta. UGL Resources bertanggunjawab di dalam urusan rekabentuk kejuruteraan kilang Lynas Malaysia. Kos infrastruktur Lynas di Gebeng dianggarkan sekitar RM700 juta.
  7. 100% milik Lynas Australia.
  8. Dijadual untuk disiapkan Suku-3 2011 (September). Tarikh asal dikatakan pada Suku-1 2011 (March).
  9. Lesen untuk dibina diberi pada tahun 2008.
  10. Peluang Pekerjaan hanya untuk 350 orang sahaja.
  11. Akan menghasilkan 22 ribu tan 'rare earth oxide ' setahun.
  12. Nilai eksport dianggarkan pada nilai RM8 Billion setahun.
  13. Bebas Cukai selama 12 tahun.
  14. China merupakan pembekal 'rare earth' atau nadir bumi terbesar di dunia sebanyak 95%. Dijangka berlaku penurunan export nadir bumi atau 'rare earth' China dari 72% kepada 37% pada tahun 2011.
  15. Harga satu tan pada RM364, 800.
  16. Pembeli terbesar adalah dari Jepun, Amerika dan Eropah untuk keperluan industri berteknologi tinggi (Magnet Prestasi Tinggi) seperti Kabel Fiber Optic, Monitor LCD, Komputer, Lensa Kamera, Mentol Lampu, Smartphone, Alatan Ketenteraan dan Kereta Hybrid.
  17. Lynas Malaysia dijangka akan menjadi pengeluar 1/3 daripada keperluan 'rare earth' atau nadir bumi dunia selepas 2 tahun beroperasi.

[poll id="209"]

[poll id="210"]


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved