ads

Selasa, 26 November 2013

06 di jengka - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di jengka - Google Blog Search


Jenayah: Wanita Bergelut, Tendang Peragut <b>Di Jengka</b>

Posted: 23 Nov 2013 08:12 PM PST

JENGKA - Seorang lelaki berusia 21 tahun terima padah apabila dipukul seorang wanita ketika cuba meragut beg tangan wanita di Bandar Tun Abdul Razak Jengka, kira-kira jam 4.40 petang, semalam. Dalam kejadian tersebut, wanita dalam lingkungan 30-an itu dikatakan sedang berada di sebuah kedai menjual barangan kosmetik dan meletakkan beg tangan di atas meja kaunter untuk melakukan pembayaran. Secara tiba-tiba, lelaki terbabit datang dari arah belakang lalu mengambil beg tangan tersebut sebelum membawa lari ke arah motosikal yang diletak kira-kira 10 meter dari tempat kejadian. Mangsa yang menyedari kejadian itu bertindak mengejar lelaki berkenaan sehingga berlaku pergelutan sebelum mangsa menjerit meminta tolong. Pergelutan itu menyebabkan motosikal yang ditongkat tumbang dan mangsa turut terjatuh akibat ditolak lelaki berkenaan. Mangsa kemudiannya bangun lalu menendang dan memijak beberapa kali di bahagian perut serta dada lelaki terbabit. Lelaki yang dipercayai beralamat di sebuah tanah rancangan Felda bukan dalam daerah Maran itu cuba melarikan diri, namun berjaya ditangkap dengan bantuan orang ramai. Menurut saksi kejadian, orang ramai yang berada berdekatan bergegas ke kedai berkenaan selepas terdengar jeritan mangsa meminta pertolongan kerana diragut. Mangsa bagaimanapun tercedera dan mendapatkan rawatan di Hospital Jengka dan menerima tujuh jahitan di belakang kepala selain bengkak rusuk kiri, melecet bahagian belakang badan serta lebam betis kanan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Deputi Superintenden Sulaiman A Hamid mengesahkan kejadian itu dan kes itu sedang disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana telah mendatangkan kecederaan ketika samun tanpa senjata api. #sumber

Blog <b>Jengka</b>: <b>di</b> felda <b>jengka</b> 25 - Google Blog Search - Laman utama

Posted: 15 Nov 2013 01:15 AM PST

URL Sumber Asal :-

4 Kenderaan Terbabit Kemalangan <b>Di Jengka</b> Ragut 2 Nyawa <b>...</b>

Posted: 21 Jul 2013 11:44 AM PDT

4 Kenderaan Terbabit Kemalangan Di Jengka Ragut 2 Nyawa

xcdnt

JENGKA 19 – Dua maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.9 Jalan Temerloh-Bandar Jengka, kira-kira jam 7.20 pagi semalam.

Kemalangan membabitkan sebuah lori amang, dua kereta Proton Iswara dan Wira serta sebuah Proton Ixora.

Mangsa yang maut di tempat kejadian ialah penumpang Proton Ixora, Nor Syahidah Mohamed Zuki, 21, penuntut tahun akhir kursus Pengurusan Pejabat Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Jengka.

Seorang lagi mangsa yang merupakan pemandu Proton Iswara, Mohamad Nor Abdillah Ismail, 25, dari Felda Lakum, Lanchang meninggal dunia dalam perjalanan ke Hopital Jengka.

Bapa Nor Syahidah, Mohamed Zuki Mat Ali, 50, berkata, mangsa bersama bapa saudaranya, Sabaruddin Hussin, 46, dalam perjalanan ke Temerloh.

"Kak Chik (Nor Syahidah) akan mengambil peperiksaan MUET (Malaysia University English Test) pagi ini di Temerloh. Dia yang tinggal di asrama pergi dengan bapa saudaranya mungkin sebab secara kebetulan bapa saudaranya juga hendak ke Temerloh," katanya.

Ibu Nor Syahidah, Latifah Din, 40, berkata, kebiasaannya Nor Syahidah akan memintanya menghantar ke tempat ujian berkenaan.

"Ini kali kedua dia ambil ujian. Kali pertama saya yang hantar. Pagi ini (semalam) saya tunggu juga dia telefon, tapi tiada panggilan daripadanya.

"Saya anggap dia mungkin menjalani ujian di universiti, jadi saya buat biasa sahaja. Pagi ini, ada orang dari syarikat trak tunda beritahu anak saya kemalangan," katanya.

Difahamkan, Sabaruddin kini berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temeloh.

Saksi kejadian yang merupakan pemandu Proton Wira, Mohd Yusof Mat Yasin, 64, berkata, dia dan anaknya, Mohd Asyraf Mohd Yusof, 24, dalam perjalanan dari Felda Jengka 14 ke Felda Kampung Awah.

"Keadaan kabus pagi ini (semalam) agak tebal, memang tak berapa nampak jalan. Tiba-tiba datang kereta Proton Iswara di hadapan kereta saya. Kereta Proton Iswara tersebut berpusing sebelum mengenai bahagian hadapan kereta saya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Maran, Pemangku Superintendan Sulaiman A Hamid berkata, kejadian berlaku apabila Proton Iswara melanggar tangki minyak lori amang yang datang dari Jalan Temerloh ke Bandar Jengka sebelum melanggar Proton Wira.

"Lori amang tersebut kemudian terbabas ke kanan jalan lalu melanggar Proton Ixora sebelum terbabas ke kiri jalan," katanya. – Sinar Harian

Artikel disiar pada July 22, 2013 - 2:44 am oleh Darlina Shasha

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved