ads

Isnin, 18 November 2013

06 di kampung awah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di kampung awah - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di kampung awah</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Oct 2013 03:54 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

<b>Kampung Awah</b> | Temerloh Homestay <b>di</b> Temerloh Pahang <b>...</b>

Posted: 28 Dec 2009 04:58 AM PST

Kampung Awah
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Kampung Awah ialah sebuah perkampungan Melayu tradisional terletak di dalam Mukim Bukit Segumpal, Maran , Pahang. Terletak kira-kira 18 kilometer dari Bandar Temerloh, Pahang dan 35 kilometer dari Bandar Maran, Pahang. Ianya dihubungkan dengan Kuala Lumpur dan Kuantan melalui Lebuh Raya Pantai Timur menerusi susur keluar Chenor. Secara umumnya Kampung Awah terbahagi kepada 2 iaitu Kampung Awah Tradisional dan FELDA Kampung Awah yang penduduknya terdiri daripada peneroka.

Menurut cerita orang tua-tua, perkataan 'Awah' berasal daripada perkataan 'terkelewah'. Diceritakan bahawa pada suatu masa dahulu ada sekumpulan orang asli sedang memancing di suatu paya. Mereka telah hampir-hampir berjaya menangkap ikan yang besar namun mata pancing telah 'terkelewah' (bengkok). Dari situlah nama Kampung Awah diperolehi.

Pada 1967, Felda Kg Awah telah dibuka sebagai penempatan FELDA yang kedua dibuka di Negeri Pahang selepas FELDA Lurah Bilut. FELDA Kampung Awah terletak bersebelahan gugusan FELDA Jengka dan pertambahan penduduk di sekitarnya menyaksikan beberapa buah rumah kedai papan telah dibina pada tahuan 1980-an. Kawasan kedai ini dipanggil oleh penduduk setempat sebagai sawmill. Ia bersempena wujudnya sebuah kilang papan di kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, pada masa kini, kilang berkenaan telahpun ditutup. Rumah-rumah kedai kayu telah digantikan dengan bangunan rumah kedai konkrit dan kawasan ini dinamakan sebagai Pekan Awah.

Pekan Awah menjadi nadi kepada pembangunan kawasan FELDA sekitarnya dan Kampung Awah. Antara kemudahan yang disediakan ialah Pusat Kesihatan, Institut Latihan Risda/Kolej Risda, Klinik swasta, wakil pos, balai polis dan kedai-kedai runcit. Antara anak watan Kampung Awah yang telah berjaya termasuklah Profesor Dr. Abu Daud Silong. Kampung Awah juga merupakan tempat kelahiran penyanyi tersohor Malaysia iaitu Dato' Siti Nurhaliza binti Tarudin.

Pekan Sehari Kampung Awah diadakan di Pekan Awah setiap hari Rabu mulai jam 3 petang sehingga 10 malam.

jarak Villabaity ke Kg Awah lebih kurang 10 kilometer (10 minit)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved