ads

Selasa, 19 November 2013

06 di kampung awah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di kampung awah - Google Blog Search


BORAK SANTAI: Idul Adha <b>di Kampung Awah</b>.

Posted: 29 Nov 2009 04:19 AM PST

Tahun ini saya berkesempatan menyambut IdulAdha di Kampung Awah, rumah anak saudara saya di sebelah isteri. Saya berkesempatan untuk bersama-sama meraka mengikuti istiadat berkorban dimasjid Kampung Awah. Sungguh merian dan menyeronokkan kerana ini lah pertama kali saya dapat bersama-sama penduduk kampung membuat korban tujuh ekor lembu.

Lebih teruja apabila ada dua ekor lembu jantan yg mengamuk apa bila mendengar dengusan kawan mereka yg kena sembelih sehingga membuat mereka yg berdekatan bertempiaran lari. Kesilapan yg mereka buat hanya kerana tali yg mengikat lembu tadi terlalu panjang membuatkan lembu tadi boleh mengejar mereka yg duduk berdekatan.

Tetapi dengan kepakaran otai-otai disana dapat juga mereka tumbangkan lembu tadi setelah berhempas pulas dan putih tapak kaki berlari dan mengelak dari di tanduk lembu yg dalam kedaan ketakutan itu.

Saya kesempatan juga menolong meletakkan tangan brsama-sama menumbangkan seekor lembu yang bersama anak saudara saya yg bernama Faizal. Walau pun dalam usia muda pertengahan 20an beliau sungguh mahir menumbangkan lembu dan acara penyembelihan di buat oleh saorang imam yg agak muda juga. Saya juga menolong membuat kerja-kerja melapah walaupun selama ini tak pernah membuat kerja-kerja berikut. Mula-mula agak kekok juga tetapi selepas di tunjuk ajar dapat juga teknik yg betul.

Sungguh seronok dan terasa Iduladha tahun ini sungguh bermakna kerana dapat bersama orang-orang kampung yg saya tak berapa kenal membuat kerja-kerja korban. Kemesraan bergaul dgn mereka sungguh mengkagumkan kerana saya tidak dianggap saperti orang asing dalam kelompk mereka walaupun tidak mengenali mereka.

Inilah sifat melayu yg tulin yg masih tebal dikalangan orang-orang kampung di Kampung Awah ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved