ads

Sabtu, 30 November 2013

06 di kuala lipis - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di kuala lipis - Google Blog Search


<b>Kuala Lipis</b>: 200 Keluarga Orang Asli Terima Air Bersih

Posted: 28 Nov 2013 04:44 PM PST

KUALA LIPIS  - Sebanyak 200 keluarga Orang Asli di tiga kampung di Pos Betau, dekat sini menikmati kemudahan bekalan air masyarakat di bawah penyelenggaraan Pejabat Kesihatan Lipis dan 11 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (Mekanise), Kem Batu 3 Temerloh. Penduduk tiga buah kampung Orang Asli terbabit iaitu Kampung Semol, Kampung Sagong dan Kampung Terlang. Kemudahan di bawah Projek Bekalan Air Luar Bandar menerusi Program Strategi Lautan Biru Kebangsaan 3 itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail di Kampung Semol di sini, kelmarin. Yang hadir sama Pegawai Kesihatan Lipis, Dr. Rahimi Hasan; Pegawai Memerintah 11 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (Mekanise), Kem Batu 3 Temerloh, Kapten Johizan Halid dan wakil penduduk Pos Semol, Indah Hempuk. Menurut Johizan, projek pemasangan paip bekalan air daripada kawasan tadahan merupakan khidmat bakti anggota tentera yang merupakan sebahagian daripada program turun padang bersama-sama komuniti di pedalaman negeri ini. Katanya, khidmat pasukan itu juga membabitkan pembinaan rumah kepada bekas tentera dan penduduk yang kurang berkemampuan menerusi kerjasama dengan pemimpin setempat dan agensi kerajaan di negeri ini. "Program sebegini memberi peluang kepada kami berbakti tanpa mengira masa dan tempat untuk keselesaan penduduk berkenaan khususnya di pedalaman," katanya. Sementara itu, Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM30,000 untuk memasang batang paip air sejauh lebih 20 kilometer dari kawasan tadahan ketiga-tiga buah kampung tersebut untuk taraf kesihatan yang baik dalam kalangan penduduk. #selanjutnya

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved