ads

Isnin, 4 November 2013

06 di lurah bilut - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di lurah bilut - Google Blog Search


Koperal Dan Anaknya nyaris Di Samun <b>Di Lurah Bilut</b>

Posted: 26 Jul 2013 05:45 PM PDT

BENTONG - Tindakan dua penyamun bersenjatakan parang menyamun seorang lelaki yang juga seorang anggota polis berpangkat koperal mengundang padah apabila seorang daripada mereka cedera terkena tembakan. Suspek cedera di bahagian rusuk kiri ketika cubaan menyamun di persimpangan masuk ke Felda Lurah Bilut kira-kira jam 4.10 petang kelmarin. Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, ketika kejadian, anggota polis yang bertugas di Pondok Polis Mempaga itu dalam perjalanan pulang dari Bandar Bentong bersama anak perempuannya, 17, ke rumahnya di Berek Polis Lurah Bilut. Menurutnya, setibanya di tempat kejadian, kenderaan dinaiki mangsa iaitu kereta Proton Iswara ditahan kenderaan suspek jenis Mercedes Benz berwarna hitam. "Seorang suspek bertindak keluar dari kenderaan dan mengacukan parang ke leher anak mangsa dan meminta menyerahkan barangan berharga. "Mangsa kemudian bertindak pantas dengan melepaskan tembakan ke arah suspek menggunakan pistol untuk mempertahankan diri dan anak perempuannya," katanya kepada Sinar Harian. Mohamad Mansor berkata, selepas seorang daripada mereka terkena tembakan, kedua-dua suspek terbabit bertindak melarikan diri. Katanya, mangsa dan anaknya bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan. "Polis giat mengesan kedua-dua suspek terbabit. Orang awam yang melihat pergerakan individu yang mencurigakan dan cedera akibat terkena tembakan diminta membuat laporan segera," katanya. #sumber

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved