ads

Sabtu, 2 November 2013

06 di maran - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di maran - Google Blog Search


Pelanggan Kesal Jalan Tak Di Turap Semula <b>Di Maran</b>

Posted: 28 Oct 2013 12:25 AM PDT

MARAN - Kerosakan jalan masuk ke deretan kedai makan Kampung Bintang dekat sini memberi kesulitan kepada pelanggan selain berisiko kepada kerosakan kenderaan. Permukaan jalan tidak rata dan berlubang memaksa pelanggan memandu kenderaan melalui kerosakan tersebut apabila tiada pilihan lain memandangkan ia satu-satunya laluan keluar dan masuk ke kawasan kedai berkenaan. Pekerja swasta, Abdul Rahman Awang, 32, berkata, jalan berlubang itu dipercayai berpunca akibat kerja menanam kabel pada awal September lalu dan tidak diperbaiki dengan baik. Dakwanya, kerja mengorek jalan raya asal di laluan masuk ke kedai makan itu tidak diturap semula dan menyebabkan kerosakan teruk pada permukaan jalan terlibat. Menurutnya, kerosakan tersebut sudah lama berlarutan dan tiada sebarang kerja baik pulih dilakukan pihak bertanggungjawab. "Setiap kali mahu masuk ke kawasan kedai untuk meletakkan kenderaan, kami terpaksa berhati-hati dengan memperlahankan kenderaan kerana tiada pilihan selain melalui jalan berlubang ini. "Lubang ini wujud akibat kesan korek untuk kerja tanam kabel apabila tidak diturap tar dengan baik dan keadaan makin buruk apabila ini sahaja laluan masuk dan keluar dari kedai itu," katanya. #selanjutnya

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved