ads

Selasa, 19 November 2013

06 di maran - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di maran - Google Blog Search


Insiden larikan kereta polis <b>di Maran</b> – Selepas tembak [mati], polis <b>...</b>

Posted: 15 Nov 2013 06:05 PM PST

Insiden_di_MaranDakwaan polis sebelum ini, seorang lelaki yang bertindak menyerang anggota polis sebelum merampas sepucuk pistol dan melarikan kenderaan peronda polis di susur keluar Tol Chenor Lebuh Raya Pantai Timur, Maran.

Suspek, 22 tahun bertindak melepaskan empat das tembakan secara rambang keluar dari kenderaan yang dilarikannya.

Suspek menyerang menggunakan kunci tambahan motosikal berbentuk U yang berada di dalam raga motosikalnya.

"Suspek kemudian melarikan kenderaan polis yang tidak dimatikan enjinnya ke arah Pekan Awah. Suspek membawa kenderaan tersebut berlegar-legar di sepanjang jalan utama Pekan Awah-Chenor dan ketika itu suspek melepaskan empat das tembakan secara rawak ke arah luar kereta, namun tidak mengenai sesiapa,"

"Pihak polis menggunakan kenderaan polis lain mengekori kereta polis yang dilarikan suspek dan usaha memujuk juga dilakukan dengan bantuan keluarga suspek tapi gagal,"

"Pihak polis terpaksa memecahkan cermin belakang kenderaan itu bagi mengeluarkan suspek yang cedera di kepala dan tidak sedarkan diri.

"Suspek kemudiannya dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk rawatan lanjut menggunakan kenderaan polis," kata Ketua Polis Daerah Maran Pemangku Deputi Superintendan Sulaiman A Hamid. Baca berita penuh di sini.

Lain pula cerita bapa lelaki tersebut hari ini. Bapanya mungkin akan mengambil tindakan mahkamah. Ini kerana laporan bedah siasat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) menunjukkan anaknya meninggal dunia kerana kecederaan di kepala akibat ditembak.

Bapanya menolak dakwaan polis anaknya meninggal dunia akibat hentakan kepala di stering kereta.

"Saya tanya mereka sama ada Angah lepaskan tembakan dan diberitahu Allahyarham tidak berbuat demikian. Sebaliknya anggota polis lepas tembakan ke arah tayar kereta tetapi tidak kena," kata bapa mangsa Abdul Nasir Abdullah. – Baca berita penuh di sini.

Amat berbeza dengan cerita polis di atas. Siasatan lanjut perlu dilakukan dan jangan biar polis yang siasat polis!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved