ads

Ahad, 3 November 2013

06 di mentakab - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di mentakab - Google Blog Search


KERETA SYAZWAN ZULKIFLY MASIH <b>DI MENTAKAB</b>!

Posted: 13 Sep 2013 09:07 AM PDT


KERETA SYAZWAN MASIH DI MENTAKAB | PELAKON Syazwan Zulkifly masih belum membuat keputusan sama ada untuk membaiki kenderaannya yang terbabit dalam kemalangan pada Ahad lalu sama ada di Pahang atau dibawa pulang ke Kuala Lumpur.
Syazwan, 26, berkata, dia masih mencari bengkel yang sesuai dan menilai kos yang bakal ditanggung jika kenderaan jenis Mitsubishi Triton itu di bawa pulang.
"Buat masa sekarang kereta itu masih belum dibetulkan dan masih berada di bengkel di Mentakab. Kerosakan yang dialami agak teruk juga.
"Saya tengah mencari bengkel yang sesuai. Kalau ingin dibaiki di sini, saya nak tengok kosnya dulu. Kalau mahal lebih baik saya baiki Mentakab sahaja," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.
Pada Ahad lalu, kenderaan yang dinaiki Syazwan dipercayai terbabas di Kilometer 71 Lebuh Raya Pantai Timur arah Kuantan menghala ke Kuala Lumpur.
Turut sama berada dalam kenderaan itu ialah pelakon Nabila Huda bersama anaknya, Keisha Laila, 4 tahun.
Kesemua mereka dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menjayakan sebuah program anjuran Astro di Kuantan, Pahang.
Kemalangan itu menyebabkan Keisha Laila mengalami retak pada bahagian tangan kiri.
Sementara itu, Syazwan berkata, dia tidak pernah membuat apa-apa pengubahsuaian terhadap kenderaan tersebut sejak dibelinya setahun lalu.
"Kereta itu berada dalam keadaan yang standard, sejak saya beli setahun lalu saya hanya tukar lampu sahaja," katanya.
Buat masa ini, dia menggunakan kereta keduanya Gen2 untuk bergerak dan ke lokasi penggambaran.

P-A-N-A-S-S-S !! ... Rahsia 'BESAR' Suami Saya...



0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved