ads

Ahad, 10 November 2013

06 di nenasi - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di nenasi - Google Blog Search


LARA: Syawal 2013 <b>Di</b> Pekan <b>Nenasi</b>, Pahang.

Posted: 18 Aug 2013 05:30 PM PDT

Alhamdulilah, tahun ni kali ketiga beraya sebagai seorang isteri dan kali kedua sebagai mak orang. Tahun ni lagi seronok sebab anak dah pandai berjalan, berlari, merayap hahaha. Tapi memang berbeza raya sebelum ada anak dan selepas ada anak. Apa-apapun syukur sebab masih berpeluang merasakan saat2 indah ini.

Tahun ni giliran beraya hari raya PERTAMA di kampung suami.

Macam biasa, kitorang memang apply sistem giliran, walau apapun terjadi, Insya Allah akan cuba juga mengikut giliran ni sebab ni penting. Kalau boleh, kitorang nak adil dan tak memberat ke salah satu famili je. Bagi kitorang, kedua belah famili sama penting :)

Memandangkan aku tak bekerja, maka isu cuti bukan lagi satu masalah. Masa kerja dulu, nak submit cuti punya debor macam nak pergi mana je, debor sebab takut cuti tak approve atau debor takut partner relief pun nak cuti pada masa yang sama. Pastu kena gaduh(masuk bilik bos dan bagitau reason kenapa nak cuti juga pada masa tu) huh.

Suami amik cuti sebelum raya ( isnin-rabu )

Jadual planning Raya untuk tahun ni :)
sabtu-isnin :  KL (settlekan persiapan terakhir sebab kitorang tak ada masa nak buat preparation awal :)
selasa : gerak balik ke Pahang(kampung suami),dekat waktu berbuka baru sampai 
rabu : pahang
khamis : pahang
jumaat : gerak balik ke melaka :) , sampai melaka dalam kul 8 malam huh
sabtu : melaka
ahad : gerak balik kl (mlm)

nampak macam lebih ke Pahang kan? sebabnya masa bulan puasa, kitorang langsung tak balik sana, maka gantilah dengan sehari lebih :) Melaka kurang sikit tak apa sebab awal ramadhan hari tu kitorang dah balik sana.

Macam biasa, mil dan fil aku ni kalau semua anak dia balik, diorang rajin memasak yang best-best. Antaranya, mee kari, ketam masak lada kot?, sambal udang dna petai, bubur lambuk, sate. Ahhh, sedap gilerrr.

1 Syawal 2013

Hari raya pertama kami dimulakan dengan BLACKOUT! hahaha. bukan yang Anwar Ibrahim tu, tapi memang blackout kaw-kaw punya. Selama ni tak pernah lah lama macam tu. Dari kul 6 pagi sampai kul 3 petang kot. Nasib lah raya kan. Gigihlah sarung baju kurung lagi. tapi serius, macam tak tercela pun raya kitorang even berpanas camtu.

Lagi sadis, malam tu adik ipar aku gosokkn baju untuk satu famili. Semua pass baju dekat dia. Aku tak la. Sebab macam apa pula kan. Laki aku pun dah siap pass baju jubah dia kat adik dia. Aku kononnya nak tunggu pagi baru nak iron kan. Haaa hambek lah ko. Sampai ke sudah, aku dan Iman pakai baju tak bergosok.

Hahaha.

Meroyan kejap aku dekat suami. hahaha.

nenasi2
orang paling excited beraya.

Mamat ni malam raya tidur kul 3 pagi hokeyy. tu pasal mata aku ada macam panda sikit. kekeke. Saja nak salahkan Iman, padahal aku tido kul 4 disebabkan nak manikkan baju raya aku tu. Sadis ok, aku sibuk sepanjang ramadhan(alhamdulilah) siapkan baju customer, sampaikan nak jahit manik untuk baju sendiri pun tak ada masa, masa yang ada malam raya tu jela. Mana lagi nak patch borderlace n manik lagi kan. pasrah. Dah tu anak pun nak tidur lambat. Sibuk lah aku bergaduh dengan dia sebab dia nak manik2 tu utk diterabur kan:"(

nenasi3
tak sabar betul nak keluar rumah.

nenasi4
terkedek-kedek berjalan follow cousin2 dia. tak nak berpimpin langsung ok. nak jalan sendiri.

familiku2
Kami. Iman saje la tu taknak pandang kamera

nenasi5
iman bersama famili belah papa :) Iman lah orang paling bz.

Iman orang yang paling bz. Nasib baik ramai boleh jaga. Kalau tak kejap-kejap dia nak keluar rumah. Kelakar ok bila aunty, makteh ayahteh dan uncle dia kejap-kejap kena dukung dan kejar dia. hahaha. Tapi semua tak larat pun nak dukung lama2.

Paling mencabar, malam raya tu, kat dapur sibuk masak ketupat dan nak bakar sate, Iman kejap-kejap nak pergi dapur nak main api masak ketupat tu. Aku ulang- MAIN API ok -_-' padahal dapur tu punya la berliku jalannya, biasalahkan rumah ala kampung, tapi budak kecik ni boleh pula ingat jalan. Eh aku citer macam berliku sangat rumah tu. Tak lah. Sape ade umah kampung tu, fahamlah kot maksud aku. Sebab orang kampung ni, diorang tak bina rumah sekaligus. Dia tambah sikit demi sedikit.

Contoh kalau anak nak kawen, haa dia binalah sebuah bilik lagi untuk anak tu. Lainkali nak kenduri lagi, naik lagi sekawasan sambung ngn rumah sedia ada, gitu lah.

Iman ulang alik ke dapur lebih 10 kali kot. Nasiblaaa mak pak sedaranya melayan. Hahaha. Budak baru nak kenal dunia, bukan reti takut apa. Kalau dilarang pun, tak adanya dia heran *redhoo jela.

2 Syawal : Bergerak pulang ke Melaka.

Tapi dalam kul 4 petang baru kitorang gerak. Sebab hari tu, ada buat kenduri tahlil dan makan-makan dekat rumah arwah nenek suami aku. Semua mak pak sedara serta cousin dia berkumpul dekat situ. Kitorang sibuk berkemas dan lepas husben balik solat jumaat, baru kitorang bergerak ke rumah pantai. Memang rumah tu terletak dekat pantai.

Setiapkali balik sana, pantai adalah tempat paling aku nak tuju. wahaha. Best sebab bersih dan tak tercemar. Kali ni pun sempat lagi kitorang pergi. Tu dalam entri lainlah aku buat ek. Macam banyak sangat pula pic nak dimasukkan dalam satu entri. Jadi macam serabut sikit.

969397_10201326452499022_1339513460_n
bersama fil,mil dan sil :)

1146584_10201353314210548_1336188326_n-1
2 Syawal 2013- tak ada nak sedondon. tema, pakai apa saja.hihi.

Ok, itu jela kot cerita raya di kampung suami. Aku tulis untuk rekod dan kenangan :)

nenasi1
CANDID! hahaha.

Bila dah ramai, bukan senang nak dapat pic satu famili dengan memasing muka elok. Hahahah. Nasiblah kan.

nenasi1a
baru ok. Cuma anakku tak pandang kamera, nasiblaaa kan.

Semuanya berjalan lancar. Tak ada adegan sentap ke apa. Orang suap makan pelik2 dekat anak aku pun tak ada, btw aku bukan jenis obses ok, hehe. Tapi tak ada pun yang nak suap-suap.

Oh yea orang komen pasal aku 'gemok' pun tak ada. (Puasa hari tu berat aku 63kg, sekarang 65kg . ohoooi. nak turun  2kg tu sikit punya susah, nak tambah tak payah nak susah payah pun, sobssss)

so aku sungguh happy. Semuanya baik-baik belaka. Best sebab ada mr.little gentleman ni, Ziyadh Iman, itu yang paling utama :) Dia sorang je baju raya berpasang-pasang.

p/s : Sampai hari ni aku teringat-ingat lagi sambal belacan mix mangga yang mak sedara husben buat. Sedap, pedas dan hmmmm, aku makan tambah 3 kali. Wahahaha.okbye.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved