ads

Selasa, 12 November 2013

06 di pekan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di pekan - Google Blog Search


Kiulu Kini | Karnival Mini Koperasi <b>di Pekan</b> Kiulu

Posted: 08 Nov 2013 04:42 AM PST

KIULU 7 November 2013.Kerajaan melalui pelbagai agensi sentiasa memberi sokongan dan bantuan kepada koperasi-koperasi yang mempunyai produk dan perkhidmatan yang berpotesi untuk diketengahkan di peringkat tempatan atau antarabangsa.

Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Wilfred Madius Tangau berkata, bagi merealisasikan hasrat itu, kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan dan kemudahan kepada koperasi untuk membantu mereka meningkatkan prestasi masing-masing khasnya di Sabah.

"Koperasi-koperasi yang terlibat dalam program pemborongan dan peruncitan telah pun dibantu untuk menaiktaraf bangunan dan keadaan dalam kedai-kedai mereka dalam program yang dikenali dengan program tranformasi TUKAR.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Karnival Mini Koperasi MPKP Tuaran Wilayah Pantai Barat 2, di Tapak Tamu, Pekan Kiulu, dekat sini pada Khamis.

Hadir sama Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Sabah, Umar Sarim Saidin.

Katanya, difahamkan bahawa di kawasan Parlimen Tuaran juga terdapat sebanyak enam buah koperasi yang telah menerima bantuan untuk Program Transformasi TUKAR itu berjumlah RM75,000 merangkumi RM15,000 untuk komputer dan RM60,00 untuk menambah baik bangunan kedai seperti penyediaan gondola, peti sejuk, lampu, kipas, meja kaunter dan tanda nama yang lebih menarik.

"Saya berharap dengan penambah baikan dari segi imej dan sistem pengurusan koperasi melalui Program Transformasi TUKAR ini akan mebantu koperasi meningkatkan Imej Gerakan Koperasi secara keseluruhan," katanya.

Beliau berharap pada masa akan datang koperasi-koperasi akan berusaha meningkatkan kualiti produk masing-masing agar produk keluaran koperasi dari Sabah bukan setakat dipasarkan di pasaran tempatan tetapi boleh dipasarkan di seluruh Malaysia sebelum pergi kepada pasaran antarabangsa.

Madius turut memuji usaha memperkenalkan Program Transformasi Kampung pada tahun ini dalam usaha untuk membangunkan kampung-kampung melalui koperasi di seluruh negara.

"Menerusi program ini, masyarakat kampung berpeluang menjana pendapatan tinggi melalui peluang pekerjaan baharu dalam sektor tertentu selain menggalakkan penglibatan aktif golongan belia dalam bidang seperti pertanian, perladangan, pelancongan serta industri kecil sederhana.

"Saya difahamkan bilangan koperasi berdaftar di daerah Tuaran adalah sebanyak 43 buah daripada 1043 jumlahnya di Sabah, ini termasuk bilangan koperasi Sekolah Menengah," katanya.

Justeru, beliau berharap semua kampung yang berada di pentadbiran, Tamparuli, Sulaman dan Kiulu yang menjangkau sebanyak 235 kampung dapat menubuhkan sebuah koperasi untuk masyarakat di dalam kampung tersebut. 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved