ads

Sabtu, 2 November 2013

06 di raub - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di raub - Google Blog Search


Tiga Penjenayah Kes Curi <b>Di Raub</b> Akhirnya Kena Cekup

Posted: 26 Oct 2013 11:55 AM PDT

RAUB - Tiga penjenayah yang dipercayai terlibat dengan kes kecurian pada 22 Oktober lalu berjaya ditahan di sebuah rumah di Kampung Bukit Koman, di sini, kelmarin. Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, tiga lelaki berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun itu berjaya ditahan dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi. "Hasil Pemeriksaan mendapati ketiga-tiga mempunyai rekod jenayah lampau termasuk penyalahgunaan dadah. "Hasil pemeriksaan juga mendapati terdapat sebuah kereta Proton Wira dipercayai menggunakan nombor plat palsu," katanya dalam satu sidang media yang dibuat di sini, semalam. Menurutnya, hasil semakan kompol berdasarkan nombor casis dan enjin kereta Proton Wira terbabit mendapati ia adalah kereta yang dicuri di Kepong dan disiasat di bawah Seksyen 379 Akta Kanun Keseksaan. Tambahnya, hasil soal siasat polis, salah seorang penjenayah telah mengakui terlibat dalam kes pecah rumah dan curi kereta di Taman Raub Jaya 3 bersama tiga rakannya yang lain dari Kuala Lumpur. "Hasil pengakuan salah seorang penjenayah juga, polis telah berjaya merampas wang tunai bernilai RM1,430 bersama dua kunci kenderaan yang dicuri termasuk salah sebuah kereta Toyota Vios milik mangsa kecurian dalam kejadian 22 Oktober lalu," katanya. Menurutnya, ketiga-tiga penjenayah juga didapati positif dadah. "Mereka direman sehingga 28 Oktober dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Akta Kanun Keseksaan," katanya. #sumber

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved