ads

Rabu, 6 November 2013

06 di temerloh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di temerloh - Google Blog Search


Panas: YDP Majlis Perbandaran <b>Temerloh</b> (MPT) <b>Di</b> Arah Bertukar <b>...</b>

Posted: 23 Sep 2013 11:23 PM PDT

TEMERLOH - Orang ramai disekitar bandar ini terkejut dengan berita mengenai pertukaran mengejut Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) Dato' Haji Zainal Abidin (foto) yang dibuat secara tergesa-gesa oleh Kerajaan Negeri Pahang, tambahan pula ia melibatkan seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (P.T.D) sepertinya. Difahamkan beliau telah diarahkan bertukar ke Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pahang, dengan memangku jawatan P.T.D Gred M54 sebagai Timbalan Pegawai Pembangunan Negeri (SDO) berkuatkuasa mulai 17 September 2013 yang lalu. Berita panas yang diterima mengatakan beliau telah diarahkan bertukar 24 jam oleh "orang politik" yang tidak sebulu dengannya. Pertukaran seorang pegawai seperti beliau tanpa notis sebulan amat memusykilkan ramai pihak termasuk kakitangan Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) sendiri. "Amat mengejutkan YDP diarahkan tukar 24 jam tanpa notis sebelum... Bukankah ada prosedur dalam perkhidmatan awam yang sepatutnya dipatuhi oleh pihak atasan. Kenapa beliau ditukarkan secara tergesa-gesa.. saya syak pasti ada sesuatu yang tidak kena dalam isu pertukaran beliau ini ....", kata seorang pesara kerajaan yang ditemui. Difahamkan surat pertukaran beliau itu telah ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, iaitu Dato' Sri Muhammad Safian Ismail. PDO
[Krew PDO di Temerloh sedang menyiasat, apakah punca sebenar menyebabkan pegawai terbabit ditukarkan secara tergesa-gesa itu. Menurut sumber yang berkenaan, arahan pertukarannya mendapat restu daripada "orang politik". Soalnya, siapakah pemimpin terbabit dan kenapakah ia dilakukan tergesa-gesa tanpa notis sebulan yang sepatutnya diamalkan dalam Perkhidmatan Awam itu sendiri. Apapun, PDO mengucapkan selamat naik pangkat dan bertugas di pejabat baru kepada beliau. Cuma, apa yang musykilnya jawatan tersebut diwujudkan untuk membolehkan beliau bertukar dan kini dia hanya memangku jawatan berkenaan. Segalanya boleh terjadi bila orang politik campurtangan dalam urusan yang berkaitan dengan jabatan kerajaan. Laporan panas selanjutnya menyusul].

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved