ads

Khamis, 28 November 2013

06 di triang - Google Blog Search

URL Sumber Asal :-

06 di triang - Google Blog Search

Status Halal Ayam Sembelih Di Triang Amatlah Di Ragui

Posted: 13 Sep 2013 05:22 PM PDT

BERA - Status halal ayam sembelih di premis penyembelihan ayam dekat Bandar Triang, di sini diragui kerana dikhuatiri mati lemas dalam tong atau air panas dan bukan kerana penyembelihan sempurna. Pengerusi Jawatankuasa Keceriaan dan Keindahan Majlis Daerah Bera (MDB), Mokhtar Mohd berkata, tukang sembelih menjalankan tugas penyembelihan dengan sempurna ketika diminta membuat demonstrasi dalam operasi mengejut, semalam. Bagaimanapun katanya, pihaknya masih ragu-ragu kerana dikhuatiri mereka hanya mematuhi syarak penyembelihan ketika operasi dijalankan sahaja, namun tidak pada hari-hari biasa. "Ayam yang disembelih akan dimasukkan dalam tong atau bekas pengumpulan tetapi melalui pemerhatian kami, tong tersebut terlalu kecil dan tidak sesuai dimuatkan lebih daripada lima ekor ayam. "Sekiranya mereka sembelih 10 hingga 15 ekor dalam satu masa, ayam tersebut akan bertindih dalam tong dan keadaan itu menyebabkan ayam mati lemas," katanya. Beliau berkata demikian selepas Operasi Bersepadu Premis Penyembelihan Ayam, semalam. Antara jabatan terlibat, Pejabat Agama Islam Daerah (Paid), Pejabat Veterinar Daerah, Pejabat Kesihatan Daerah dan MDB. Hadir sama, Ketua Unit Penguatkuasaan Paid, Hilman Kamarudin dan Pembantu Veterinar, Mohd Safudin Zakaria. Mohktar berkata, pihaknya turut tidak berpuas hati dengan keadaan persekitaran yang kotor sekali gus kebersihan ayam disembelih itu diragui. #selanjutnya

BLOG PAHANG: 06 di triang - Google Blog Search

Posted: 20 Nov 2013 01:03 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :- di triang - Google Blog Search

Warga Asing Sembelih Ayam Di Triang - myNewshub

Posted: 11 Jul 2013 12:20 PM PDT

TRIANG, PAHANG – Penyalahgunaan 'lesen' penyembelihan oleh pemborong ayam sekitar Bandar Triang didakwa berjaya mengaburi pengguna Muslim semata-mata untuk mengaut keuntungan.

Presiden Lembaga Pembangunan Pengguna Malaysia (LPPM), Abdul Aziz Ismail berkata, pemborong terbabit menggunakan nama seorang pekerja Muslim yang berpengalaman 10 tahun dalam bidang penyembelihan untuk meyakinkan pengguna beragama Islam.

Menurutnya, sepanjang tinjauan di pasar borong dan pasar basah sekitar Triang, tiada seorang pun dalam kalangan tukang penyembelihan memiliki Kad Tauliah Sembelihan.

"Hanya ada seorang tukang sembelih Muslim yang hanya memiliki Sijil Penyertaan Kursus Penyembelihan yang diperoleh pada 2008, manakala yang lain adalah pekerja warga asing.

"Mungkin kita tidak akan meragui sekiranya tugas penyembelihan dilakukan individu tersebut, tetapi yang menjadi persoalan siapa yang akan melakukan tugas penyembelihan sekiranya individu itu bercuti atau berehat?" katanya selepas melakukan tinjauan di sekitar Triang bersama kakitangan Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) dan Jabatan Imigresen Temerloh.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi, Majlis Perunding Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Pahang, Ghazali Khatib Pendek.

Abdul Aziz berkata, Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) diharap dapat membantu menyebarkan perkara ini dari semasa ke semasa supaya bukan sahaja pengusaha pasar borong perlu menghantar pekerjanya mengikuti kursus dan ujian tertentu, bahkan pekerja juga wajar mengetahui keperluan perkara ini.

"Jika semua pihak memainkan peranan masing-masing, masalah penghasilan produk halal dapat diatasi dengan baik, malah pengguna Muslim dapat menikmati kehidupan yang lebih berkat," katanya.

Perlu pantau lebih kerap

Dalam pada itu, Ghazali berkata, bukan sahaja pengusaha mengupah warga asing untuk tugas penyembelihan tetapi turut mempamerkan sijil penyertaan kursus penyembelihan yang pernah dihadiri bekas pekerjanya sekitar 2008.

"Apabila pengguna tengok ada sijil itu, mereka akan beranggapan ayam itu disembelih mengikut syarak. Tetapi pada hakikatnya, sijil itu tidak boleh digunakan untuk meyakinkan pengguna.

"Kalau mereka ada kad tauliah, itu baru betul-betul kita boleh yakin dengan mereka," katanya.

Menurutnya, pihak Paid, Pejabat Veterinar dan Majlis Daerah Bera (MDB) diharap dapat bekerjasama mengatasi masalah ini.

"Pihak berkenaan perlu melaksanakan pemantauan lebih kerap terutamanya bagi memastikan pengguna Muslim dapat menikmati bahan makanan yang halal," katanya.

Tidak tahu perlu kad tauliah

Sementara itu, seorang pekerja, Ramli Rahmat, 61 yang berpengalaman lebih 10 tahun bekerja di pasar borong ini mengakui tugas penyembelihan dilakukan sepenuhnya sewaktu dia bekerja.

Katanya, sekiranya dia bercuti, berehat atau solat, tugas itu diambil alih oleh orang lain tetapi tidak pasti siapa yang bertanggungjawab.

"Saya hanya memiliki sijil penyertaan kursus sahaja. Tidak tahu pula kena ada kad tauliah jika nak buat kerja penyembelihan.

"Lagipun, tiada siapa yang memaklumkan perkara ini kepada saya. Bagi saya, ini adalah rezeki yang saya peroleh untuk keluarga.

"Tetapi saya yakin dengan apa yang saya buat adalah mengikut syarat ditetapkan," katanya.

Sementara itu, seorang pekerja warga asing yang ditemui berkata, dia baru sahaja bekerja di pasar borong sejak enam bulan lalu.

Menurutnya, sebagai seorang Muslim, pengusaha memintanya melakukan kerja itu walaupun tidak memiliki kad tauliah.

"Saya memang tahu syarat penyembelihan, tetapi saya tidak tahu pula bila bekerja di sini memerlukan kad yang diiktiraf," – Sinar Harian Online

Warga Asing Sembelih Ayam Di Trianghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/07/Ayam.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/07/Ayam-150x150.jpgMyNewsHub Terkini

TRIANG, PAHANG - Penyalahgunaan 'lesen' penyembelihan oleh pemborong ayam sekitar Bandar Triang didakwa berjaya mengaburi pengguna Muslim semata-mata untuk mengaut keuntungan. Presiden Lembaga Pembangunan Pengguna Malaysia (LPPM), Abdul Aziz Ismail berkata, pemborong terbabit menggunakan nama seorang pekerja Muslim yang berpengalaman 10 tahun dalam bidang penyembelihan untuk meyakinkan pengguna beragama Islam. Menurutnya,...

TRIANG, PAHANG - Penyalahgunaan 'lesen' penyembelihan oleh pemborong ayam sekitar Bandar Triang didakwa berjaya mengaburi pengguna Muslim semata-mata untuk mengaut keuntungan.

Presiden Lembaga Pembangunan Pengguna Malaysia (LPPM), Abdul Aziz Ismail berkata, pemborong terbabit menggunakan nama seorang pekerja Muslim yang berpengalaman 10 tahun dalam bidang penyembelihan untuk meyakinkan pengguna beragama Islam.

Menurutnya, sepanjang tinjauan di pasar borong dan pasar basah sekitar Triang, tiada seorang pun dalam kalangan tukang penyembelihan memiliki Kad Tauliah Sembelihan.

"Hanya ada seorang tukang sembelih Muslim yang hanya memiliki Sijil Penyertaan Kursus Penyembelihan yang diperoleh pada 2008, manakala yang lain adalah pekerja warga asing.

"Mungkin kita tidak akan meragui sekiranya tugas penyembelihan dilakukan individu tersebut, tetapi yang menjadi persoalan siapa yang akan melakukan tugas penyembelihan sekiranya individu itu bercuti atau berehat?" katanya selepas melakukan tinjauan di sekitar Triang bersama kakitangan Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) dan Jabatan Imigresen Temerloh.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi, Majlis Perunding Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Pahang, Ghazali Khatib Pendek.

Abdul Aziz berkata, Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) diharap dapat membantu menyebarkan perkara ini dari semasa ke semasa supaya bukan sahaja pengusaha pasar borong perlu menghantar pekerjanya mengikuti kursus dan ujian tertentu, bahkan pekerja juga wajar mengetahui keperluan perkara ini.

"Jika semua pihak memainkan peranan masing-masing, masalah penghasilan produk halal dapat diatasi dengan baik, malah pengguna Muslim dapat menikmati kehidupan yang lebih berkat," katanya.

Perlu pantau lebih kerap

Dalam pada itu, Ghazali berkata, bukan sahaja pengusaha mengupah warga asing untuk tugas penyembelihan tetapi turut mempamerkan sijil penyertaan kursus penyembelihan yang pernah dihadiri bekas pekerjanya sekitar 2008.

"Apabila pengguna tengok ada sijil itu, mereka akan beranggapan ayam itu disembelih mengikut syarak. Tetapi pada hakikatnya, sijil itu tidak boleh digunakan untuk meyakinkan pengguna.

"Kalau mereka ada kad tauliah, itu baru betul-betul kita boleh yakin dengan mereka," katanya.

Menurutnya, pihak Paid, Pejabat Veterinar dan Majlis Daerah Bera (MDB) diharap dapat bekerjasama mengatasi masalah ini.

"Pihak berkenaan perlu melaksanakan pemantauan lebih kerap terutamanya bagi memastikan pengguna Muslim dapat menikmati bahan makanan yang halal," katanya. Tidak tahu perlu kad tauliah

Sementara itu, seorang pekerja, Ramli Rahmat, 61 yang berpengalaman lebih 10 tahun bekerja di pasar borong ini mengakui tugas penyembelihan dilakukan sepenuhnya sewaktu dia bekerja.

Katanya, sekiranya dia bercuti, berehat atau solat, tugas itu diambil alih oleh orang lain tetapi tidak pasti siapa yang bertanggungjawab.

"Saya hanya memiliki sijil penyertaan kursus sahaja. Tidak tahu pula kena ada kad tauliah jika nak buat kerja penyembelihan.

"Lagipun, tiada siapa yang memaklumkan perkara ini kepada saya. Bagi saya, ini adalah rezeki yang saya peroleh untuk keluarga.

"Tetapi saya yakin dengan apa yang saya buat adalah mengikut syarat ditetapkan," katanya.

Sementara itu, seorang pekerja warga asing yang ditemui berkata, dia baru sahaja bekerja di pasar borong sejak enam bulan lalu.

Menurutnya, sebagai seorang Muslim, pengusaha memintanya melakukan kerja itu walaupun tidak memiliki kad tauliah.

"Saya memang tahu syarat penyembelihan, tetapi saya tidak tahu pula bila bekerja di sini memerlukan kad yang diiktiraf," - Sinar Harian Online

0 ulasan:

Catat Ulasan

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved