ads

Khamis, 14 November 2013

di negeri pahang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri pahang - Google Blog Search


KESATUAN SEKERJA KAKITANGAN MAKMAL <b>NEGERI PAHANG</b> <b>...</b>

Posted: 23 Oct 2013 07:15 AM PDT


Assalamualaikum wbt...
Pengerusi KSKM Negeri Pahang; En.Khairul A'zli Hj Ahmad sekali lagi telah menyempurnakan amanah dari setiap ahli KSKM Negeri Pahang dengan membawa SUARA AHLI KSKM Negeri Pahang di dalam Mesyuarat 'Majlis Bersama Jabatan' sepertimana ketetapan di bawah:
Perkara  : Majlis Bersama Jabatan. Bil 3 Tahun 2013
Tarikh     : 21 Oktober 2013 (Isnin)
Tempat   : Bilik Gerakan, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang
Pengerusi : Y.Bhg. En. Rosdi bin Ismail - Pengarah Pendidikan Pahang

Di Laman Blog ini, ~ADMIN~ akan meng'up-date' isu-isu yang berkaitan tentang apa yang diperjuangkan dan di bawa oleh Pengerusi KSKM Negeri Pahang di dalam mesyuarat tersebut./
Merujuk minit mesyuarat MBJ bil 2 2013 pada 16 Julai 2013.
Para 4.10 : Fungsi dan Bidang Tugas Perkhidmatan Pembersihan.
4.10.2 : Mesyuarat memaklumkan bahawa pemantauan perkhidmatan pembersihan tersebut perlu dilakukan oleh pihak pentadbir dan Pembantu Makmal bagi memastikan pihak kontraktor memberikan perkhidmatan yang sewajarnya.
Tindakan : Unit Perolehan dan Pengurusan Aset.
Maklum Balas ; Unit Perolehan dan Pengurusan Aset memaklumkan skop pembersihan kawasan adalah termasuk kawasan makmal. Pihak sekolah perlu memaklumkan kepada Jabatan sekiranya kontraktor tidak melaksanakan perkhidmatan dengan sewajarnya. Perbincangan dari semasa ke semasa diantara Pengurusan Sekolah dan Kontraktor perlu diadakan bagi menyelaras perkhidmatan pembersihan kawasan sebagaimana terkandung di dalam kontrak perjanjian yang dibekalkan kepada setiap sekolah. 

Respon Pengarah Pendidikan Pahang : Beliau mengarahkan agar setiap Pengurusan Sekolah melaksanakan perkara tersebut sepertimana peraturan yang telah di keluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Respon Pengerusi KSKM Pahang ; Ketika ini, hampir keseluruhan pihak Pengurusan Sekolah Menengah di Negeri Pahng belum mengambil tindakan terhadap arahan tersebut.Beliau memohon agar pihak JPNP dapat mengeluarkan surat pekeliling khusus berkaitan para 1.1.1(f) merujuk kepada buku 'Huraian Tugas Pembantu Makmal'

Respon Persatuan Kebangsaan Pengetua Sekolah-Sekolah Malaysia (PKPSM) : 
Beliau memaklumkan bahawa PKPSM telah maklum kepada perkara tersebut dan sedang membincangkannya untuk mengadakan jadual khusus kepada pembersihan makmal.

Para 4.11 : Kerjasama antara KSKM dan PPD
4.11.1 : Mesyuarat dimaklumkan bahawa masih terdapat pegawai Unit Sains dan Matematik di PPD yang kurang mesra dengan aktiviti KSKM. Oleh itu, KSKM memohon kerjasama dari setiap PPD melalui Unit Sains dan Matematik dalam penganjuran kursus-kursus kepada Pembantu Makmal oleh KSKM.
Tindakan : KSKM/Semua PPD
Maklum Balas : Kerjasama yang lebih mesra telah ditunjukkan oleh Unit Sains dan Matematik di setiap PPD.
i. PPD Maran - telah bersetuju bekerjasama dalam penganjuran kursus selama 2 hari di PPD Maran. Dijadualkan pada 22 dan 23 Okt 2013 tetapi telah ditunda kepada 11 dan 12 Nov 2013.
ii. PPD Cameron Highlands - telah bersetuju untuk mengadakan kerjasama dengan KSKM untuk menganjurkan kursus kepada semua pembantu makmal daerah. Dijadualkan pada 28 Okt 2013 namun telah ditunda kepada tarikh yang belum ditetapkan lagi.
Respon langsung daripada Tuan PPD Cameron Highlands - Kursus tersebut akan diadakan pada 
25 Nov 2013.
iii. PPD Rompin - bersetuju unutk mengadakan kursus pada 3 Okt 2013 namun telah ditunda pada tarikh yang belum diputuskan lagi.
iv. PPD Pekan - telah bersetuju untuk mengadakan kerjasama bersama KSKM Negeri Pahang dalam penganjuran kursus kepada semua Pembantu Makmal daerah dan akan menetapkan tarikh yang sesuai.
v. PPD Jerantut - telah bersetuju untuk mengadakan kursus kepada semua Pembantu Makmal daerah Jerantut pada 31 Okt 2013 bertempat di bagunan PPD lama.
Respon Pengarah Pendidikan Pahang : Mengarahkan agar PPD yang disebut di dalam maklum balas tersebut agar dapat meneruskan usahasama antara KSKM Negeri Pahang dan PPD dalam memberi pengisisan kursus kepada pembantu makmal di daerah masing-masing.
Respon Pengerusi KSKM Negeri Pahang : Beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih atas usahasama dan jalinan yang semakin mesra antara KSKM dan Unit Sains dan Matematik di PPD. 

Di dalam mesyuarat bil 3 tahun 2013 ini, KSKM telah mengangkat 4 usul untuk diperbincangkan. Usul-usul tersebut ada ~ADMIN~ kemaskini di dalam Laman Blog KSKM Negeri Pahang yang lalu. Di sini,~ADMIN~ Akan 'copy & paste' usul tersebut dari topik di Laman Blog yang lalu.
1. Kabinet Khas Penyimpanan Mikroskop di Sekolah.|

Kebanyakkan -sekolah di Negeri Pahang tidak mempunyai kabinet penyimpanan mikroskop yang baik. Mikroskop elektrik yang dibekalkan di seklolah-sekolah adalah mahal dari segi kos pembeliannya. Mikroskop pula merupakan peralatan sains yang sensetif terhadap udara persekitaran dan mudah dihinggapi @ dijangkiti oleh kulat @ fungal. Oleh yang demikian,KSKM  mencadangkan agar JPNP dapat membekalkan kabinet khas kepada penyimpanan mikroskop di setiap sekolah yang tiada tempat penyimpanan tersebut. KSKM juga mencadangkan agar kabinet di SMK Abu Bakar, Temerloh boleh dijadikan contoh kabinet yang baik untuk tujuan tersebut.

Respon Pengarah Pendidikan Pahang : Mesyuarat dimaklumkan bahawa kebanyakkan sekolah yang baru ada dibekalkan dengan rak @ almari penyimpanan mikroskop. Jika terdapat sekolah yang tidak mempunyai almari penyimpanan maka sekolah boleh memohon untuk membelinya. Pengarah juga meminta KSKM menyediakan data lengkap berkaitan sekolah yang tiada almari penyimpanan mikroskop tersebut.
Respon Pengerusi KSKM Negeri Pahang : Pengerusi menerangkan bahawa kebanyakkan sekolah tidak mempunyai almari yang benar-benar dapat memeliharan mikroskop terutama mikroskop elektrik dari dihinggapi oleh kulat @ fungal. Mohon pihak sekolah dapat menjadikan contoh alamri khusus penyimpanan mikroskop dari SMK Abu Bakar,Temerloh.
2. Penjagaan dan Pengendalian Mikroskop.
Penyelenggaraan atau servis mikroskop perlu dilakukan demi menjaga hayat sesebuah mikroskop. Penyelenggaraan sebegini terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang besar di peringkat Jabatan. KSKM mencadangkan agar satu kursus berkaitan Pengendalian Mikroskop dapat diadakan untuk melatih wakil (2 @ 3 orang) pembantu makmal dari setiap daerah untuk dijadikan jurulatih utama (JU) bagi tujuan melatih semua pembantu makmal di daerah masing-masing. Kaedah ini dapat menjimatkan kos penyelenggaraan dan kos perbelanjaan kursus kerana untuk menghadiri kursus penyelenggaraan mikroskop kosnya adalah sangat tinggi. 
Respon Pengarah Pendidikan Pahang : Pengerusi mesyuarat sangat bersetuju dengan cadangan atau usul yang di bawa oleh KSKM. Beliau juga menyarankan agar bukan sahaja khusus kepada mikroskop malah barang peralatan makmal yang lain juga turut difikirkan untuk dipelajari kaedah penyelenggaraan yang betul.
Pengerusi mesyuarat sangat bersetuju untuk mengadakan Jurulatih Utama (JU) di setiap daerah untuk melatih semua pembantu makmal di daerah masing-masing. Pengerusi mesyuarat juga mengarahkan Unit Latihan di JPNP dapat bekerjasama dengan KSKM dalam penganjuran kursus tersebut.
3. Pengagihan Pakaian Keselamatan (Lab-coat).
KSKM mencadangkan kepada JPNP agar pengagihan lab-coat yang disalurkan melalui Pejabat Pendidikan Daerah dapat dipanjangkan kepada setiap pembantu makmal yang berada di sekolah di bawah Kementerian Pendidikan seperti Kolej Matrikulasi, Vokasional dan Teknik serta sekolah-sekolah dibawah SBP. Mohon mendapat kelulusan memandangkan jumlah pembantu makmal di bawah KPM tidaklah ramai. Untuk makluman mesyuarat, daerah Raub turut mengagihkan lab-coat kepada setiap pembantu makmal di SBP. 
Respon Pengarah Pendidikan Pahang : Jika peraturan/pekeliling membenarkan perkara yang dibangkitkan itu dilaksanakan maka pihak PPD boleh melakukan sedemikian. Daerah Raub sahaja yang mengagihkan 'Lab-Coat' kepada setiap Pembantu Makmal di sekolah di bawah KPM.
Respon Penegerusi KSKM Negeri : Isu ini akan mendapat maklum balas daripada Sektor 2P dalam MBJ kali ke-4 nanti. 


4. KSKM mengangkat kembali isu Pembantu Makmal di SM Chung Hwa, Kuala Lipis yang  duduk sekali di dalam stor bahan kimia. Isu ini telah diusulkan di dalam 
mesyuarat MBJ yang lalu namun sehingga kini ianya masih berlarutan.
Situasi ini sangat merbahaya kepada Pembantu Makmal di sekolah tersebut. 
Mohon JPNP dapat menyelesaikan permasalahan ini.
Respon Pengarah Pendidikan Pahang : Pengerusi mesyuarat mengarahkan pihak JPNP agar 
segera menanggani masalah ini kerana isu ini telah diangkat ke mesyuarat MBJ untuk kali 
Respon Pengerusi KSKM Negeri Pahang : Beliau mengharapkan agar masalah ini dapat 
diselesaikan dengan segera kerana walaupun SMJK Chung Hwa ini merupakan sekolah 
bantuan modal namun Pembantu Makmal yang berkhidmat di sekolah tersebut merupakan 
penjawat awam di bawah Kementerian PendidikanMalaysia. Ahli mesyuarat turut ditayangkan 
gambar-gambar yang diambil oleh Pengerusi KSKM Pahang ketika 'Program Turun Padang 
KSKM Negeri Pahang' ke sekolah tersebut.
1. Pengerusi KSKM Negeri Pahang mewakili semua ahli dan bukan ahli KSKM Negeri 
mengucapkan Tahniah dan Syabas di atas perlantikan Y.Bhg En.Rosdi bin Ismail sebagai 
Pengarah Pendidikan Pahang yang baru.
2. Pengerusi KSKM juga menyatakan kedukacitaannya berikutan ketiadaan Pembantu 
Makmal lantikan baru yang ditempatkan di dalam Negeri Pahang. Beliau menyatakan bahawa 
seramai 666 orang Pembantu Makmal lantikan baru telah dilantik.
3. Pengerusi juga mengangkat pemasalahan yang dialami oleh Pembantu Makmal dari SMK Chemomoi bahawa mereka diarah untuk menjaga pejabat pada hari jumaat dari jam 12.20 
hingga ke 2.45 petang dengan jadual lengkap petugas pada setiap minggu.
Semoga SUARA KSKM Negeri Pahang yang dibawa oleh Pengerusi KSKM Negeri Pahang pada mesyuarat Majlis Bersama Jabatan kali ke 3 ini akan dapat membawa pembaharuan 
yang besar kepada seluruh Pembantu Makmal di negeri Pahang ini. 
Sekali lagi,~ADMIN~ ingin sarankan kepada Pembantu Makmal yang masih belum
menganggotai sebagai ahli KSKM agar bersegeralah bertindak untuk kita sama-sama 
mendapat manafaat yang kita perjuangkan dan dengan penyertaan dari sahabat-sahabat 
sekelian maka SUARA yang kita bawa ke pihak atasan akan menjadi lebih besar dan kuat.
Sekian,terima kasih... ~ADMINKSKMPahang~

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved