ads

Ahad, 1 Disember 2013

06 di bera pahang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di bera pahang - Google Blog Search


Karnival Jom Ke FELDA 2013 Siri Ke-4 <b>Di Bera</b>, <b>Pahang</b> Bermula 29 <b>...</b>

Posted: 26 Nov 2013 01:14 PM PST

Karnival Jom Ke FELDA 2013 Siri Ke-4 Di Bera, Pahang Bermula 29 November Ini

kjkf13

KARNIVAL Jom Ke FELDA (KJKF) 2013 anjuran Pertubuhan Usahawan Generasi FELDA Malaysia (PUGFM) adalah sebuah karnival luar bandar terbesar di Malaysia, akan menemui warga FELDA di Bera, Pahang, selama 3 hari bermula 29hb November 2013 sehingga 1hb Disember 2013.

KJKF 2013 siri ke-4 akan diadakan di Padang Awam FELDA Sebertak, Bera, Pahang.

Seperti mana KJKF 2013 siri-siri sebelum ini, pelbagai acara dan program telah diatur dengan teliti dan pastinya di setiap siri mempunyai keistimewaan dan kelainan yang tersendiri.

Siri pertama KJKF 2013 di FELDA Palong 6 telah mencatat kehadiran pengunjung seramai 43,000 orang; siri kedua di FELDA Papan Timur pula mencatat sejarah KJKF 2013 dengan kehadiran pengunjung tertinggi setakat ini iaitu 53,000 orang manakala siri ketiga KJKF di FELDA Besout 2 mencatat kehadiran pengunjung seramai 40,000 orang.

Penampilan artis merupakan sesuatu yang amat dinanti-nantikan oleh warga FELDA disetiap siri KJKF 2013 dan di Bera antara artis yang bakal memeriahkan KJKF 2013 siri ke-4 adalah Kumpulan Lawak Jambu, Kumpulan May, Kumpulan Def Gab C, Wana MyStar LG dan lain-lain artis yang dibawa oleh penaja.

Seperti kebiasaan di setiap siri KJKF 2013, malam pembukaan KJKF 2013 siri ke-4 di pentas utama akan berlangsung Forum Perdana Hal Ehwal Islam dan panelis utama adalah Y.Bhg Datuk Haji Nooh Gadot.

Selain itu akan berlangsung Program Usahawan Realiti FELDA, Sukan Rakyat, Pameran Reptilia, Motor Show, Soopa Doopa, Flying Fox, Paintball, Rumah Hantu, Pertunjukan Bunga Api, Konsert dan Sesi Beramah Mesra Bersama Artis.

Antara kelainan yang akan dibawakan oleh KJKF 2013 siri ke-4 adalah Majlis Berkhatan Beramai-ramai sempena musim cuti sekolah ini.

Selain program-program yang disediakan, pengunjung juga berpeluang membeli-belah di KJKF 2013 siri ke-4 dan menyokong usahawan-usahawan Bumiputera dan Melayu.

Dalam kemeriahan dan kegembiraan berkarnival, PUGFM bersama rakan penaja bersama Lim Kok Wing Universiti tidak melupakan mereka yang tidak bernasib baik.

Program Amal tetap diteruskan di siri ke-4 ini dan turut menyumbang sama adalah Clixster.

Pertandingan karaoke juga turut diadakan dan pemenang pertandingan karaoke berpeluang membuat persembahan di pentas utama pada malam kemuncak perasmian.

Jika mahu rasai kemeriahan karnival luar bandar terbesar di Malaysia, datanglah beramai-ramai di KJKF 2013 siri ke-4  di FELDA Sebertak, Bera, Pahang nanti.

kjkf

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Artikel disiar pada November 27, 2013 - 8:14 pm oleh Shazuein Azmaini

Shahafizie Johan Pertandingan Azan KJKF 2013 <b>Bera</b>, <b>Pahang</b> <b>...</b>

Posted: 29 Nov 2013 08:19 AM PST

Shahafizie Johan Pertandingan Azan KJKF 2013 Bera, Pahang

BERA – Adik Muhd Shahafizie Abd Hadi telah muncul sebagai johan Pertandingan Azan di Karnival Jom Ke FELDA (KJKF) 2013 Siri Ke-4 di FELDA Sebertak, Bera, Pahang.

Sepertimana lazimnya, pengisisan berbentuk keagamaan berlangsung di KJKF 2013 yang bermula pada hari Jumaat.

Sebelah petangnya Pertandingan Mengalunkan Azan diadakan dan pada sebelah malamnya diadakan Forum Hal Ehwal Islam, kedua-dua acara diadakan di pentas utama.

Bagi naib juara Pertandingan Azan telah dimenangi oleh Shafirul Omar manakala Khairunnaim Rohaizan mendapat tempat ketiga.

Tempat keempat dimenangi oleh Sharul Omar dan ditempat kelima dimenangi oleh Muhd Rafaie Maszlan.

Peserta yang menyertai pertandingan azan kali ini rata-rata berumur dibawah 15 tahun.

Pertandingan Mengalunkan Azan ini diadili oleh 3 orang juri antaranya Ustaz Husain Jasin dan Ustaz Muhammad Rizalmi Md Akhir.

Gambar akan dimuatnaik ke dalam Galeri Gambar.

kjkf13

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Artikel disiar pada November 30, 2013 - 3:04 pm oleh Shazuein Azmaini

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved