ads

Rabu, 11 Disember 2013

06 di bera pahang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di bera pahang - Google Blog Search


LAPORAN TERKINI BANJIR <b>DI KUANTAN PAHANG</b> 8 DISEMBER <b>...</b>

Posted: 07 Dec 2013 09:10 PM PST

Laporan terkini banjir di Kuantan Pahang pada 8 Disember 2013

Harapan untuk melihat keadaan banjir di negeri Pahang reda seakan tipis apabila hujan renyai dilaporkan berterusan sejak Sabtu malam hingga ke pagi Ahad

Malah menurut laporan, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Pahang meningkat kepada 40,819 berbanding 40,008 orang malam Sabtu

kuantan banjir 8 12 2013 laporan terkini banjir di kuantan pahang 8 disember 2013

laporan terkini banjir di kuantan pahang 8 disember 2013

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang dalam satu kenyataan disiarkan media, kesemua mangsa daripada 11,746 keluarga itu ditempatkan di 149 pusat pemindahan dari 154 penempatan di sembilan daerah yang tertejas akibat banjir

Daerah Kuantan masih menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi, bagaimana pun di daerah Pekan, Rompin dan Lipis mangsa di pusat penempatan mangsa banjir di daerah itu berkurangan

Manakala Raub merupakan daerah terbaru yang membuka pusat penempatan mangsa banjir

Berikut adalah pecahan mengikut daerah terjejas daripada jumlah keseluruhan mangsa banjir di pusat pemindahan di negeri Pahang

Daerah Mangsa Pusat pemindahan aktif
Kuantan 34426 38
Rompin 57 3
Pekan 3329 31
Maran 1034 19
Jerantut 520 11
Lipis 53 4
Temerloh 1002 22
Bera 189 5
Raub 209 10

Dalam perkembangan sama, beberapa jalan utama masih ditutup antaranya

  • Km28 Jalan Kuantan-Sungai Lembing
  • Km72 Jalan Kuantan-Segamat
  • Jalan Jerantut-Lipis (di Kampung Sepial)
  • Km14 dan 18 Jalan Temerloh-Bera

Untuk sebarang bantuan dan info banjir di Pahang sila hubungi pusat kawalan op banjir ibu pejabat polis kontijen Pahang di talian 09 – 5052294 atau 09 – 5052276

Video laporan Astro Awani – Perkembangan banjir di Pahang setakat 1.00 petang

Informasi ini disiarkan pada 8.12.2013, Ahad

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved