ads

Jumaat, 6 Disember 2013

06 di bera pahang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di bera pahang - Google Blog Search


<b>Pahang</b> Daily Online: Mini MAHA 2013 <b>Di</b> Parlimen <b>Bera</b>, Ramai <b>...</b>

Posted: 02 Dec 2013 05:44 PM PST

BERA, - Rata-rata pengunjung gembira dengan usaha yang dibuat oleh Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (foto) yang telah membawa masuk berbagai acara dan program dari kementeriannya ke kawasan ini. Terbaru, beliau telah membawa program MINI MAHA (Road To Maha & Fiesta Bera 2013) yang diadakan di Dataran Kerayong bermula dari 29 November hingga 1 Disember baru-baru ini. "Sejak Datuk Mail menjadi Wakil Rakyat di Bera, kami mendapat berbagai-bagai kemudahan... Macam-macam acara beliau bawa ke sini... Masa jadi Menteri Belia Dan Sukan dia bawa banyak acara sukan ke sini.. Masa jadi Menter Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi dia bawa acara-acara berkaitan pengguna ke sini... dan sekarang ketika menjadi Menteri Pertanian.. dia bawa pula program pertanian seperti Mini MAHA 2013 ini... Kami amat teruja dan berpuas hati dengan prestasi beliau sekarang ini", kata seorang penerokan dari Felda Purun yang ditemui baru-baru ini. "Sebagai Ahli Parlimen, kami tahu beliau sibuk dengan berbagai acara lain di seluruh negara.. apapun, nasib dan masalah kami di sini tetap diambil berat oleh beliau.... memang ada pihak yang menjaja cerita-cerita buruk untuk menjatuhkan dia.. tapi bagi kami... amat bertuah kerana mempunya wakil rakyat yang bertaraf menteri sejak dua penggal yang lalu... Kini masuk penggal ketiga beliau menjadi menteri.. maka itulah rakyat Bera sepatutnya merasa bangga dan bersyukur serta tidak termakan dengan tohmahan daripada pihak luar yang sengaja mahu menjatuhkan kreadibili beliau", tambahnya.
Sementara itu seorang lagi pengunjung yang ditemui berkata, walau pun beliau ahli PAS dan Penyokong Pakatan Rakyat namun dia tetap hadir ke apa jua program yang diadakan di situ (Dataran Kerayong). "Memang saya bukan pengundi beliau (Datuk Mail), tapi bagi saya dia berjaya melaksanakan tanggungjawab dengan cukup baik dan berkesan. Malah ada sebahagian daripada penyokong kami sendiri mungkin mengundi beliau pada PRU-13 lalu... Bukan kerana benci kepada calon sendiri.. tapi kerana kami melihat beliau pandai mengambil hati penduduk di sini, tambahan pula bagi masyarakat Felda. Saya turut berbangga sebenarnya mempunya seorang wakil rakyat bertaraf menteri.. tidak seperti di parlimen lain... Memang ada beberapa perkara yang terkadang kita tidak bersetuju dengan beliau... namun, itu adalah lumrah sebenarnya.. malah saya tengok ramai sahabat-sahabat saya termasuk ahli PAS yang datang ke sini", kata pengunjung terbabit. 

Difahamkan program berkembar, Road To Maha dan Fiesta Bera 2013 baru-baru ini telah berjaya menarik lebih 30,000 pengunjung yang terdiri daripada penduduk tempatan dan orang luar. Berbagai acara telah diadakan termasuk forum perdana yang menampilkan penceramah tersohor Ustaz Kazim Elias dan juga Ustaz Hanafiah Abd Razak serta Profesor Madya Syarifah Hayati Syed Ismail. Pameran dan jualan daripada pelbagai agensi pertanian turut diadakan. Disamping itu juga, seminar Agrobelia Muda untuk daerah Bera turut diadakan. 
Program Road To Maha turut melibatkan semua agensi di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani bagi mempromosikan Pameran Pertanian, Hortikultur Dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2014. Antara agensi yang terlibat termasuk Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia serta Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia. Antara program lain yang turut diadakan selama tiga hari itu ialah pertandingan nasyid, futsal, bola jaring dan gubahan lagu patriotik serta lagu rakyat. Kemuncak acara turut diadakan persembahan artis yang terdiri daripada Jeffrydin, Mus May, Dafi AF, Aini Mayuni dan juga Roslan Shah.
Secara keseluruhannya, warga Bera wajar berterimakasih kerana mempunyai seorang wakil rakyat yang cukup aktif seperti Datuk Ismail Sabri Yaakob ini. Ada saja program-program besar yang dibawa ke Parlimen Bera untuk diambil bahagian oleh rakyat. Di Pahang, hanya tiga orang Ahli Parlimen yang bertaraf menteri iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak (Pekan), Datuk G.Palanivel (Cameron Hihglands) dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Bera). Maka, sepatutnya rakyat di Parlimen Bera mengambil peluang sebaiknya dengan kemudahan yang ada. Tindakan sesetengah pihak yang cuba menjatuhkan imej beliau amatlah tidak wajar terutamanya dari kalangan mereka yang tewas dalam Pemilihan UMNO Bahagian Bera baru-baru ini. Sepatutnya, saf kepimpinan parti perlu dirapatkan sekarang. 
[Apapaun, ramai yang terkejut kerana tidak langsung melihat kelibat ADUN Guan yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Pahang iaitu YB Norul Azali. Beliau adalah wakil rakyat di bawah Parlimen Bera, namun ketiadaannya semasa hari perasmian progam ini amatlah mengejutkan semua pihak. Malah, lebih memeranjatkan ialah bekas calon PKR bagi kerusi DUN Kemayan, Mohd Shukri Mohd Ramli (Blogger Cucumatkilau) juga dilihat hadir pada majlis itu. Jika "seteru politik" boleh hadir, kenapa Norul Azali gagal hadir. Inilah yung menimbulkan kemusykilan sebenarnya. Turut hadir ialah YB Mohd Fadil Osman (DUN Kemayan). Jika ADUN Triang dari DAP tidak hadir mungkin ia boleh dimaafkan kerana dia ADUN pembangkang. Apapun, hanya mereka yang mengetahui sahaja boleh menilai semua ini. Syabas dan tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas penganjuran program yang cukup 'memberi manfaat' kepada rakyat sebenarnya].

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved