ads

Isnin, 30 Disember 2013

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search


Gambar Banjir <b>Di Cameron Highlands</b> - Hafiz Rahman

Posted: 23 Oct 2013 01:39 AM PDT

image

CAMERON HIGHLANDS: Dua pekerja asing maut dan seorang lagi masih hilang dalam kejadian banjir lumpur di Lembah Bertam, Ringlet di sini, awal pagi tadi.

Mangsa yang terbunuh dalam kejadian itu dikenali sebagai Md Jahangir, 30-an warga Bangladesh manakala seorang wanita, Kesumat, 46, warga Indonesia dipercayai lemas akibat kejadian itu.

Sementara gerakan mencari seorang lagi mangsa warga Indonesia, Jarwati, 17, sedang dijalankan.

Ketua Polis Daerah Cameron Highland Deputi Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, gerakan mencari dan menyelamat sedang dijalankan

"Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1 pagi apabila pelepasan air dari empangan Sultan Abu Bakar melimpah sehingga mengalir ke kawasan kampung berhampiran.


"Sebanyak 80 rumah terjejas akibat kejadian," katanya.

Menurutnya, sehingga kini 38 orang sudah dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Ringlet.

image

image

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved