ads

Selasa, 10 Disember 2013

06 di cherating - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di cherating - Google Blog Search


Awek Terlampau UMP Bercuti <b>Di Cherating</b> Pahang | Faizal Fredley <b>...</b>

Posted: 25 Nov 2013 10:54 PM PST

Bercuti-di-Cherating-Kuantan

Awek UMP terlampau? Pernah dengar tak? Dua tiga hari ni duk heboh cerita pasal awek UMP dan kekasih hati nya berpelukan dalam jamban semasa diorang bercuti di Cherating dan dikatakan yang kekasih awek ni dalam keadaan bogel. Tu menurut sumber Facebook. Tak tahu pulak cerita sebenar kot-kotlah pakwe dia tu pakai underware ke apa ke manalah gua tahu.

Tapi bila dah upload gambar macam tu kat facebokk fikiran kita ni apa lagi terus yang negatif kan. Budak ni aku rasa masuk air kot, kalau orang lain yang upload gambar dia tu boleh lah kata mangsa keaadan tapi bila dia sendiri yang buka aib dia tu aku tak tau nak kata apa dah. Dunia akhir zaman kan.

Awek ni sekali tengok kalau pakai tudung cun pulak tapi bila dah buka tudung pun cun gak…eheh sayang kan. cun dah tapi masuk air. Mesti malu mak bapak dia kan kalau tahu anak dia macam ni. Kalau aku jadi abang dia ni dah makan penampar 3 das dengan balak dia sekali makan terajang aku….

Awek ni nama dia Fatihan Hakema ni facebook dia https://www.facebook.com/kemaeiyz/

PS: kelassss budak-budak zaman sekarang kan….wak cemar nama UMP jer. pesanan aku jangalah nak tunjuk murah sangat walaupun diri tu memang murah. Nak cabar JAKIM pun buatlah dengan cara betul, bukan cara memalukan keluarga.

Update: budak perempuan ni di aniaya ex bf dia sebab mintak putus then fb tu bukan milik dia tapi milik ex bf dia. Kan…selalu jadi macam ni..tu lah lain kali jangan buat maksiat. Nasib baik Allah balas di dunia… *pesanan untuk diri sendiri jugak*

sejuta warna pelangi: Cuti-cuti <b>di Cherating</b> & Gambang

Posted: 01 Nov 2013 08:14 PM PDT

Sedar tak sedar, sudah penghujung tahun 2013. Tidak lama lagi cuti sekolah. Semua orang sudah mula mohon cuti hujung tahun untuk bawa anak-anak pergi bercuti. Review cuti-cuti Malaysia tahun ini.

Suami saya memang rapat dengan kawan-kawan zaman persekolahannya di SMK Dato' Ahmad Maher. Selalu juga suami bawa kami sekeluarga ikut serta dalam aktiviti kekeluargaan dengan kawan-kawannya itu. Terbaharu aktiviti himpunan keluarga berlangsung di Pahang. Tak banyak gambar terakam sebab saya sibuk melayan Adik Fitri. Adik Fitri dan buat cerita lagi dramatik, abangnya demam dalam perjalanan kami ke Cherating. Alahai.

Kami menginap di The Legend Resort Cherating. Lama juga menunggu. Orang pun boleh tahan ramai. Malah ada yang mula naik angin sebab sudah begitu lama menunggu. Petugas di kaunter pun berangin juga. Eh, eh, eh, jangan dik! Jangan mulakan. Entah apa silapnya tidak ada bilik untuk dua lagi keluarga. Harukan?! Padahal tempahan sudah lama dibuat. Bayar pun sudah. Cuma dua keluarga dari Kuantan, selebihnya dari Kuala Lumpur, Kelantan dan Pulau Pinang. Bayangkanlah kalau betul-betul tidak ada bilik. Mujur lobinya luas dan banyak tempat duduk, sementara urusan penginapan dibuat kaum bapa. Anak-anak jadi tak sabar-sabar apabila terpandangkan kolam dan Pantai Cherating dari lobi. Itu belum campur aksi lincah berlari ke sana ke mari. Aduh, mana hendak kawal mereka, mana hendak tengok-tengokkan barang-barang lagi. Apabila urusan di bilik selesai, satu lagi masalah timbul: lif rosak. Bilik kami di tingkat 3. Jenuh mengusung baby stroller.
Sampai di bilik, saya cuba lekakan anak-anak dengan buku. Gigih bawa buku-buku, pensel warna semua pergi bercuti. Walaupun orang sudah ramai di kolam dan pantai, suami rasa masih terlalu awal untuk kami turun. Alhamdulillah berjaya juga mengalih perhatian mereka walaupun sekejap.

Keberatan juga hendak lepaskan Abang Ngah mandi tapi nama pun budak nampak kolam, nampak pantai, mana boleh kata, tidak! Hmmm tak sampai 10 minit, Abang Ngah sudah menggigil kesejukkan. Terus bungkus dengan tuala. Kak Long pun dipaksa naik. Kami ke pantai pula.
Kasihan Abang Ngah, ombak kecil itupun besar untuknya. Tertelan air laut. Sudahnya duduk sama-sama menemankan Adik Fitri sambil melihat Kak Long dan ayahnya. Itulah nasib orang badan kecil.
Malamnya kami semua makan malam di Impiana Cherating. Ada tujuh keluarga semuanya. Kak Long mahu makan dengan kawan-kawan. Pilihan makanannya sangat menyedihkan. Semangkuk sup labu, semangkuk laicikang dan seketul kuih tart. Memang susah sangat hendak beri anak dara seorang ini makan. Demam Abang Ngah sudah berkurang tetapi selera makannya belum terbuka. Makannya sedikit sahaja. Menyusu pun tak begitu berselera.
Keesokkan harinya seperti yang dijanjikan kepada anak-anak, kami ke Bukit Gambang. Kami pernah ke Bukit Gambang Water Park sebelum ini pada tahun 2010. Ketika itu suami ada urusan kerja jadi saya dan anak-anak ikut bercuti. Kami menginap di Caribbean Bay Suites, Bukit Gambang Resort City. Ada beberapa perubahan telah dilakukan pihak pengurusan. Pertambahan tempat penginapan. Kalau dulu ada kereta kuda di hadapan taman tema, kini tiada lagi. Mungkin di dalam taman tema air ini ada lebih banyak perubahan tetapi saya memang tak meneroka pun. Cuaca panas begitu tidak sesuai untuk Adik Fitri, mahupun Abang Ngah. Cuma yang saya perasan, tempat untuk kanak-kanak sekarang sudah berbumbung walaupun tidak sepenuhnya. Selesa dan redup.
Gambar ini dirakam pada tahun 2010 di tempat yang sama. Kalau cuaca panas terik, memang kasihan pada kanak-kanak. Bagus juga usaha penambahbaikan itu. Kak Long seronok, kalau tak dipaksa naik memang tak tahu pukul berapa baru Kak Long berhajat hendak balik. Tambah pula kali ini ramai kawan-kawannya.

Penyu bertelur <b>di Cherating</b> - Ruggedmom.com

Posted: 08 Oct 2013 10:08 PM PDT

Hilights untuk percutian di Cherating antaranya adalah ......
kita tengok penyu bertelorrrr
kita tengok penyu bertelorrr....
Kalau nak ke Cherating Turtle Santuary ini kita kena masuk di satu simpang yang dijaga oleh Aaron Aziz. Tak tahulah berapa lama dia nak sambut kita kat situ.. sampai habis kontrak la kot. Free aje nak melawat tempat ni but kindly show our support by donating some money. Banyak duit yang kita sumbangkan lebih banyak research boleh dilakukan. Masukkan aje ke dalam tabung yang disediakan kat pintu masuk tu. Erti hidup dengan memberi kata Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.

Selain di Cherating, Pahang, ada empat santuary di Terengganu yang mana Kemaman adalah yang terdekat dengan Cherating.  Ada tayangan video dan guide di sini. The santuary close on Monday.
Yang lima eor tu kura-kura, yang lenlain tu tuntung dan labi-labi


Kekecik dah diajar makan sayur kobis
Penyu-penyu ni diasingkan dua tiga hari sebelum dilepaskan ke laut pada waktu malam.

Sehingga tahun lepas, kesemua penyu yang mendarat di Cherating ditandakan dengan klip yang diimport khas dari Amerika. Penyu yang ditandakan pada tahun 2010 ada yang dah mendarat semula. Sure semua pihak yang terlibat ni berpuas hati dan gembira. Mana taknya, anak balik kampung, mau tak seronok. Di negara ehem ehem, penyu yang melancong ke perairan negara mereka pun ditandakan, boleh gitu? Cara kita lebih tepat rasanya.
YB Dato Shakar, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan & Kebudayaan Negeri Pahang pun ada. Cuba bayangkan budak perempuan tu anak ko kak, mesti sampai tahun depan pun dia akan sibuk bercerita yang dia lepaskan anak-anak penyu ke laut. Betulllll i tell you, anak aku pun sampai la dok bercerita trip pi Pulau Jerejak tahun lepas. Toksah dok ajak anak pi shopping mall-lah, bosan depa. Perkenalkan kat anak-anak kita tentang eco-tourism lebih baik. Good for them, good for the turtles too.



Sedihnya, cuma 1% sahaja anak-anak penyu yang akan hidup :(( Sedih pulak mengenangkan nasib anak-anak penyu ni hikkssss
Matinya atas sebab natural death, dimangsakan binatang lain, juga oleh tangan-tangan manusia yang tidak bertanggungjawab. Ingatan untuk kita: binatang tiada akal seperti manusia. Mereka tak boleh berfikir sama ada plastik tu boleh dihadam atau tidak so jangan buang sampah sarap ke dalam laut! Juga jangan digulai ! Eksotik konon.
Musim kali ni sebanyak 1,698 ekor penyu telah mendarat dan bertelur dan setakat 26hb September sebanyak 160,000 biji telur penyu telah direkodkan. Musim penyu bertelur bermula dari bulan Mac hingga September yang mana bulan Mei, Jun dan Julai adalah peak season. End of May until June cuti sekolah dua minggu, plan to repeat your holiday in Cherating now!
Penyu akan mendarat di malam hari dan setiap ekor penyu akan naik 5-10 kali untuk bertelur dalam satu-satu musim berselang 10-12 hari. Ingat tak dulunya kita baca dalam buku sekolah Rantau Abang tempat penyu bertelur. Sekarang dah kurang mungkin sebab kawasan tu dah terang. Penyu perlukan kawasan gelap sehinggakan nak ambil gambar pun tak boleh guna flash.
Oleh kerana penyu semakin pupus (ada antaranya dah tak mendarat lansung di sini), lepas je mak penyu kembali ke laut pihak renjer akan mengalihkan telur-telur tu ke pusat penetasan. Biasanya penyu akan bertelur sebanyak 70-140 biji dalam satu-satu masa tapi pernah direkodkan 168 biji bagi seekor penyu, giler banyak, jenuh meneran. Kata orang kolesterol sebiji telur penyu sama dengan 20 biji telur ayam. Pernah cuba makan masa kecik dulu erkkk...tak selegho den. Dighobuih pun tak kogheh.
gambar dari leisuretourmalaysia.blogspot.com
Masa ni si mak penyu telah habis bertelur dan mula mengambus telur-telurnya. Kuat tau tangan dia sampai berpasir kamera aku.
Telur akan dipindahkan ke lubang sedalam 3 kaki, ditandakan dan dieramkan selama 45-60 hari. Sekarang ni pihak bertanggungjawab cuba untuk menetaskan penyu-penyu jantan dengan menyediakan tempat sejuk. Gitu kekdahnya.... Informasi ni semua aku dapat dari Paksu Ripin. Kalau ada yang tersilap tu memang salah akulah tu. Biasalah, dalam lecture hall pun daripada 100 students ada yang dapat ilmu 80%, ada yang 50%, ada yang 20% ajek sebab main game kat belakang...ehhh siapa tu?

The babies tu akan dilepaskan ke laut pada waktu malam mengikut cara hidup semulajadinya. Untuk memastikan anak-anak ini pulang ke 'kampung halamannya', mereka akan dilepaskan kira-kira 3-4 meter dari laut. Gambar-gambar siang yang di atas tu special case sempena Media Familiarization Trip. Sedihnya pulak, dalam beratus tu cuma sekor dua aje yang akan hidup.

Kalau ada sesiapa yang tak nak melepaskan peluang keemasan ni bolehlah call Paksu Ariffin di 013 9064828/017 9279678 atau add dia di fb Pak Su Cherating.

Siang kita berendam di kolam Legend, malam kita tengok penyu bertelur...

Ada lagi tempat yang best, sabar ya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved