ads

Ahad, 22 Disember 2013

06 di janda baik - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di janda baik - Google Blog Search


Menghadiri Kenduri Kahwin <b>di Janda Baik</b> | Qistina Safiah

Posted: 04 Nov 2013 09:42 AM PST

Assalammualaikum.

Semoga Tuan/Puan yang singgah di blog saya sihat sejahtera, sebagaimana kami sekeluarga. Amin.

Hari ini saya mahu bercerita tentang cuti aktiviti hujung minggu saya pada hari Ahad yang lalu. Pada hari Ahad yang lalu, saya dan Ayah menemani Mama menghadiri majlis kenduri kahwin rakan sepejabatnya.

Yes! Saya memang suka majlis perkahwinan..

Jika saya terdengar-dengar 'soksek-soksek' perbualan Mama dan Ayah berkaitan majlis perkahwinan, sayalah orang pertama yang menawar diri mahu turut serta ke majlis tersebut..Saya suka melihat pengantin, mereka cantik dan pada saya mereka seolah-olah putera dan puteri raja.. :')

Mama yang pada mulanya agak gusar dengan keadaan cuaca yang hujan di sepanjang perjalanan, menarik nafas lega apabila di Janda Baik cerah.

Saya tahu, pasti Mama risau saya terkena hujan, hihi..

2T7R1396

Setibanya di sana, kami bertembung dengan beberapa orang lagi kawan Mama yang juga mahu ke rumah pengantin. Kata Mama, pergi beramai-ramai lebih meriah..

Rasanya betullah..saya pun jadi seronok.

Lihat, saya sudah di hadapan. Perkara pertama yang saya mahu tinjau dahulu ialah warna tema pilihan pengantin :P

Mujur sahaja pengantin tidak memilih warna pink..sebab warna pink sudah saya reserved sejak dulu lagi sebagai warna tema saya kelak, hihihi..

2T7R1436

Mari kita lihat antara gambar kawan Mama yang saya berjaya ambil. Nama aunty ini Diana dan aunty Gee. Ya, saya tahu..manis-manis belaka, bukan? Mereka juga masih single.. ;)

2T7R1444

..ada lagi, ini pula Cik Roha. Cik Roha pun sama, sibuk dengan pose dia yang paling comel..

Saya sangat seronok apabila melihat mereka sangat teruja apabila saya halakan lens kamera ke arah mereka. Masing-masing sibuk dengan gaya mereka. Hihi.

2T7R1477

Seperti biasalah, sebelum pulang Ayah akan ambil gambar dalam kumpulan. Bukti kami makan semeja lah kononnya.. ;)

2T7R1480 2T7R1482

Selesai meraikan pengantin, kami kemudiannya ke rumah Atuk Professor dan Nenek tidak jauh dari rumah pengantin.

Setibanya kami di rumah, Atuk Professor beritahu yang Atuk dan Nenek demam..

Kasihan Atuk Professor dan Nenek.

2T7R1490 2T7R1493

Walaupun Atuk Professor demam, Atuk masih masih gigih dukung dan bawa saya meninjau-ninjau buah markisa yang sedang lebat berbuah. Terima kasih Atuk :)

2T7R1509 2T7R1500

..kemudiannya kami duduk berbual-bual di bawah teduhan pokok markisa.

2T7R1520 2T7R1529

Di sebelah petang, hujan turun lebat. Punah harapan saya mahu berbasikal di halaman rumah Atuk Professor :P

2T7R1531

Tidak mengapalah, nanti saya ajak Ayah balik Janda Baik lagi dan jika cuaca baik dapatlah saya berbasikal sepuasnya :)

Saya doakan semoga Atuk Professor dan juga Nenek segera sembuh. Amin… :)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved