06 di jerantut - Google Blog Search |
Banjir: Jalan Kuala Lipis Ke <b>Jerantut Di</b> Buka Semula Posted: 08 Dec 2013 07:49 AM PST KUALA LIPIS, 8 Dis - Laluan Kuala Lipis ke Jerantut melalui pekan Kerambit di sini boleh dilalui oleh semua kenderaan mulai pagi ini. Pegawai Daerah Lipis, Datuk Mohamad Noor Abdul Rani berkata, laluan berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kerambit dan Kampung Tanjung Bungor yang ditutup kepada semua kenderaan sejak Rabu lalu kembali pulih berikutan air telah surut. "Bagaimanapun pengguna kenderaan perlu berhati-hati di laluan itu kerana struktur jalan berlumpur, sampah sarap, digenangi air dan licin selepas banjir," katanya. Menurutnya, pengguna jalan raya juga boleh guna laluan alternatif bermula di pekan Kerambit melalui Kampung Atong, Kampung Jerangsang dan Kampung Batu Balai ke bandar Jerantut untuk elak kesesakan lalu lintas. #sumber |
You are subscribed to email updates from di jerantut - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen