ads

Jumaat, 6 Disember 2013

06 di jerantut - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di jerantut - Google Blog Search


Hotel <b>di Jerantut</b> bubuh arak dalam masakan - Media Suara Insan

Posted: 29 Oct 2013 04:58 PM PDT

hoteljeratutKUANTAN – Seorang tukang masak sebuah hotel terkenal di Jerantut yang cuba menipu penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) akhirnya mengaku menggunakan arak selepas disoal siasat.

Tukang masak berkenaan pada mulanya mengaku arak jenis wine itu adalah minumannya dan disimpan bersama bahan masakan lain termasuk sos dan kicap.

Bagaimanapun, selepas melihat tulisan tertera Gourmet Cooking Wine yang ditunjukkan penguatkuasa, dia bersetuju bahawa arak itu digunakan untuk memasak masakan Cina.

Penolong Pengarah Unit Pengurusan Halal Jaip, Noridzuan Abdul Manan berkata, dua jenis arak yang ditemui itu diimport dari China dan dipercayai digunakan ketika menyediakan masakan kepada pelanggan Islam kerana peralatan masakan sama tanpa sebarang pengasingan.

"Kandungan alkoholnya hanya satu peratus tetapi kita tetap serius dengan perkara ini bagi menangani kemaslahatan pelanggan Islam," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Noridzuan berkata, semua tukang masak di hotel berkenaan bukan Muslim dan hotel itu juga tidak pernah memohon sijil halal tetapi pemantauan dilaksanakan bertujuan untuk mengetahui status halal masakan yang disajikan.

Menurutnya, pengurusan hotel tidak berminat memohon sijil halal kerana restoran di hadapan dapurnya menghidangkan minuman keras bagi pengunjung bukan Islam.

"Mereka juga tetap mahu meneruskan penggunaan ramuan dan aneka sos yang tidak dapat disahkan status halal yang tidak dapat menepati syarat dan prosedur pensijilan halal," katanya.

Noridzuan berkata, pemantauan dilaksanakan bersama Pejabat Agama Islam Jerantut dan Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut.

Selepas lebih satu jam membuat pemeriksaan, katanya, kumpulan pemantau itu mendapati amalan kebersihan tidak memuaskan secara keseluruhan terutama di bahagian dapur dan peti sejuk.

"Sarang telur dan telur yang tidak dibasuh dan diletak berhampiran dengan tempat memasak dan semua pekerja di bahagian dapur tidak mendapat suntikan anti typhod serta gagal menghadiri kursus pengendalian makanan.

"Pihak hotel sebenarnya tidak melakukan sebarang pelanggaran Akta Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal 2011) kerana tidak terdapat apa-apa pernyataan halal atau apa-apa perkataan atau objek yang boleh membawa pengertian halal di premis hotel itu," katanya.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan pelanggan Islam tidak mudah terpedaya dengan ajakan individu tertentu supaya mencuba masakan di hotel atau restoran terkenal yang tiada tanda halal.

Jaip juga menggesa premis makanan supaya lebih peka dengan keperluan penyediaan makanan halal bagi pengguna Islam terutama aspek ramuan yang jelas tidak halal.

400 Rumah Perumahan Generasi Baharu Felda <b>di Jerantut</b> | Suara <b>...</b>

Posted: 22 Nov 2013 09:49 PM PST

400 Rumah Perumahan Generasi Baharu Felda di Jerantut

JERANTUT – Sebanyak 400 unit kediaman di bawah projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) akan dibina tidak lama lagi di Felda Padang Piol dan Sungai Retang, dekat sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak berkata, sebanyak 26 unit kediaman berkenaan sudah siap dibina tahun ini dan akan diserahkan secepat mungkin kepada pemohon yang berjaya menerusi temuduga.

"Pihak pengurusan Felda juga akan memastikan cara pembayaran sewa beli rumah dengan pihak bank untuk membantu meringankan beban generasi kedua yang masih tinggal dengan ibu bapa masing-masing di tanah rancangan ini," katanya kepada pemberita di Felda Padang Piol di sini baru-baru ini.

Katanya, sebuah kediaman PGBF bernilai kira-kira RM80,000 dan peminjam mampu membayar balik hutang bank berasaskan peraturan pembayaran tidak membebankan pemilik yang digariskan oleh Felda dan institusi kewangan berkenaan. – Utusan Malaysia

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Artikel disiar pada November 24, 2013 - 4:49 am oleh Nor Azlina Shaari

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved