06 di kuala lipis - Google Blog Search |
Daerah <b>Lipis</b> Juga Telah Pun <b>Di</b> Landa Musibah Banjir Posted: 05 Dec 2013 05:30 PM PST KUALA LIPIS - Seramai 15 mangsa membabitkan empat keluarga di Kampung Lentang dan Kampung Tanjung Buluh di sini dipindahkan ke pusat pemindahan berikutan kawasan kediaman mereka dinaiki air sejak awal pagi semalam. Pengerusi Jawatankuasa Bencana daerah, Datuk Mohamad Noor Abdul Rani berkata, dua keluarga ditempatkan di balai raya Kampung Lentang manakala dua keluarga lagi di bengkel pemprosesan kuih Tanjung Buluh. Menurutnya, usaha memindahkan mangsa bermula kira-kira jam 11 pagi dan 6 petang semalam berikutan hujan lebat berterusan dua hari lalu dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengambil maklumat mangsa banjir di pusat pemindahan dan bantuan segera telah dihulurkan. "Empat keluarga lagi di dua kampung berkenaan turut diletakkan dalam keadaan bersiap sedia dan sekiranya hujan lebat berterusan sehingga ke malam ini (malam tadi) maka mereka turut dipindahkan," katanya. Beliau berkata demikian ketika melawat mangsa banjir di balai raya Kampung Lentang di sini, semalam. Sementara itu, Mohamad Noor berkata, beberapa kawasan rendah di laluan Kerambit-Mela mula dinaiki air ekoran hujan lebat berterusan. Menurutnya, jalan di Kampung Ganding dan jalan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Kerambit ditutup daripada kenderaan ringan selepas air dari sungai yang berhampiran melimpah atas jalan raya. #selanjutnya |
You are subscribed to email updates from di kuala lipis - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan