ads

Isnin, 23 Disember 2013

06 di lanchang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di lanchang - Google Blog Search


Kerajaan Sudah Lama Rancang Bangunkan <b>Lanchang</b>

Posted: 18 Dec 2013 02:14 AM PST

TEMERLOH – Kerajaan telah lama berhasrat memajukan Lanchang, di sini dengan menggantikan deretan rumah kedai usang sedia ada dengan bangunan baru lebih tersusun. Adun Lanchang, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin berkata, perancangan itu dikemukakan sejak 15 tahun lalu tetapi masih belum melaksanakannya kerana kawasan tersebut didiami penduduk. Bagaimanapun katanya, keadaan semasa sangat mendesak supaya Lanchang dibangunkan berikutan berpotensi menjadi kawasan eko pelancongan. "Saya mengalu-alukan cadangan penduduk yang mahukan Lanchang berwajah baru kerana sejak lebih 50 tahun kawasan ini tidak berubah sedangkan kawasan lain seperti Triang, Kerayong di Bera dan Karak, Bentong sudah jauh berubah," katanya. Beliau berkata demikian mengulas laporan Sinar Harian semalam berhubung isu Lanchang perlu berubah wajah. Dalam laporan tersebut, penduduk menggesa pihak berkaitan membangunkan pekan Lanchang menjadi bandar baru yang lebih tersusun. Mohd Sharkar berkata, kawasan yang dirancang pembangunan di Lanchang itu sebahagiannya tanah hak milik manakala sebahagian lagi tanah diduduki atas lesen pendudukan sementara (TOL). Menurutnya, kerajaan juga merancang melebarkan jalan di kawasan itu yang pesat membangun khususnya dari sektor pelancongan. Beliau berkata, bagi melaksanakannya, Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) perlu keluarkan notis kepada penduduk di kawasan itu untuk mengosongkan bangunan tersebut bagi membangunkannya. #selanjutnya

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved