ads

Ahad, 29 Disember 2013

06 di lurah bilut - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di lurah bilut - Google Blog Search


Hujan: Jalan Utama Ke.<b>Lurah Bilut</b> Terpaksa <b>Di</b> Tutup

Posted: 01 Sep 2013 12:06 AM PDT

BENTONG – Hujan lebat menyebabkan beberapa rumah penduduk di kawasan rendah di Felda Lurah Bilut dekat sini ditenggelami air dalam kejadian petang kelmarin. Turut terjejas ialah jalan utama masuk ke kawasan itu berikutan berlaku runtuhan jalan hingga menyebabkan ia terpaksa ditutup sementara waktu untuk kerja pembaikan. Adun Bilut, Chow Yui Hui berkata, hujan lebat bermula lebih kurang jam 3.30 petang itu mengakibatkan paras anak sungai di kawasan itu naik lalu melimpah ke kawasan rendah. Katanya, pihaknya sudah memaklumkan kepada pihak berwajib termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Felda berhubung perkara itu. "Bukan sahaja sungai di kawasan ini perlu dibersihkan dan seterusnya didalamkan namun jalan utama juga perlu ditinggikan parasnya. "Memandangkan perkara ini melibatkan keselamatan dan keselesaan penduduk, diharap peruntukan segera dapat disalurkan bagi tujuan berkenaan," katanya. Yui Hui berkata, mangsa banjir kilat juga sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu untuk tindakan seterusnya. Beliau berkata, kerja pembersihan segera turut dijalankan bagi memastikan longkang dan sungai yang ada dapat mengalirkan air dengan lancar. "Memandangkan keadaan cuaca tidak menentu buat masa ini, penduduk yang tinggal di kawasan rendah dinasihatkan untuk berjaga-jaga," katanya. #sumber

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved