ads

Ahad, 15 Disember 2013

06 di maran - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di maran - Google Blog Search


Enam Beranak <b>Di</b> Samun Dengan Parang Dekat <b>Maran</b>

Posted: 12 Dec 2013 09:20 AM PST

MARAN, 12 Dis - Enam beranak berdepan cetik mencemaskan dalam kejadian empat lelaki bersenjatakan parang menyamun kediaman mereka di Kampung Ulu Luit di sini awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 4.10 pagi itu, mangsa yang berusia 40 tahun dan bekerja sendiri kerugian wang tunai RM500, pelbagai jenis barang kemas selain kehilangan sebuah kereta Proton Wira yang dilarikan suspek. Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Sulaiman A Hamid berkata, empat suspek yang dipercayai warga asing itu mengumpil pintu belakang rumah mangsa sebelum mengejutkan semua mangsa yang sedang tidur di dalam bilik dan mengumpulkan mangsa di ruang tamu. "Mangsa bersama isteri dan empat anaknya diikat manakala mulut mereka ditutup dengan pita pelekat. Suspek kemudian menggeledah rumah mangsa," katanya hari ini. Menurutnya, semua mangsa dapat melepaskan diri setengah jam kemudian sebelum mendapatkan bantuan jiran dan membuat laporan polis di Sri Jaya kira-kira jam 6 pagi. "Semua suspek memakai topeng, usaha menjejaki suspek giat dijalankan termasuk mengesan kereta Proton Wira milik mangsa yang bernombor CBF 4254," kata Sulaiman. Beliau berkata, jumlah keseluruhan kerugian mangsa masih disiasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun bersenjata. #sumber

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved