ads

Isnin, 16 Disember 2013

06 di maran - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di maran - Google Blog Search


Pekan Sri Jaya <b>Maran Di</b> Landa Banjir Kilat Kali Ketiga

Posted: 01 Dec 2013 04:50 PM PST

MARAN - Pekan Sri Jaya dekat sini dilanda banjir kilat selama dua jam ekoran hujan tidak berhenti seawal jam 6 pagi kelmarin sehingga menyebabkan hampir kesemua premis perniagaan tidak dapat beroperasi. Paras sungai berhampiran yang melepasi tebing dengan sistem perparitan tidak sempurna memburukkan keadaan apabila jalan utama di pekan tersebut turut dinaiki air dalam kejadian jam 12 tengah hari itu. Peniaga, Yik Siong Hong, 45, berkata, kejadian itu merupakan kali ketiga berlaku sepanjang tahun ini selepas Februari dan September. Menurutnya, walaupun hampir 20 tahun mengusahakan premis makanan di pekan itu, namun kejadian banjir kilat hanya berlaku sejak tiga tahun lalu. "Jika dahulu tidak teruk kerana air yang memasuki kawasan kedai datang dari arah bahagian belakang iaitu air sungai. "Tetapi sekarang air turut datang dari arah hadapan kerana longkang tersumbat dengan masalah perparitan sehingga tidak dapat menampung hujan lebat. "Jadi keadaan bertambah teruk apabila aliran air banjir kilat ini datang dari kedua-dua arah membawa sampah dan lumpur," katanya. Sementara, Nga Hoo, 61, berkata, paras air yang memasuki kawasan premis perniagaan dan jalan utama itu berubah-ubah dalam tempoh dua jam berikutan kadar hujan tidak menentu. Menurutnya, peniaga terpaksa menanggung kerugian akibat kerosakan harta benda dan barang keperluan niaga sehingga menjejaskan aktiviti harian mereka. "Air kadang-kadang besar, kadang-kadang kecil maka kami perlu bersedia sekiranya hujan tidak henti untuk beberapa jam lagi. #selanjutnya

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved