ads

Selasa, 31 Disember 2013

06 di maran - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di maran - Google Blog Search


Perarakan "Piala Malaysia" Singgah <b>Di</b> Bandar <b>Maran</b>

Posted: 29 Dec 2013 10:39 AM PST

MARAN - Perarakan Piala Malaysia yang dimenangi Pahang bulan lalu diteruskan apabila singgah ke daerah ini untuk tatapan peminat bola sepak yang setia menyokong skuad Tok Gajah baru-baru ini. Program itu dimulakan dengan perarakan piala tersebut bermula dari Kelab Golf Maran diiringi Kelab Berbasikal Maran, Kelab Pacuan Empat Roda Maran serta Kelab Bola Sepak Maran mengelilingi bandar Maran sehingga ke Dataran Teksi di sini. Kehadiran ribuan peminat bola sepak tempatan di dataran itu bukan sahaja untuk menemui skuad Tok Gajah tetapi ingin melihat piala tersebut dengan lebih dekat. Yang turut hadir Tengku Muda Pahang yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah. Yang turut serta Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul, Datuk Shahaniza Shamsuddin; ADUN Chenor, Mohd. Ariffin Awang Ismail; ADUN Luit, Nurhidayah Mohamad Shahaimi dan Pegawai Daerah Maran, Datuk Fadzilla Salleh. Menurut Ismail, pada majlis itu, Tengku Abdul Rahman turut menyampaikan bonus kepada pemain Pahang yang bukan sahaja merampas piala tersebut tetapi juga melonjakkan momentum rakyat negeri ini terhadap bola sepak. "Ini merupakan satu kebanggaan kepada rakyat Pahang kerana penantian selama 21 tahun akhir tercapai dan diharap skuad Tok Gajah meneruskan kecemerlangan pada musim depan," katanya kepada media yang hadir. #sumber

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved